top of page
Search
Writer's picturefifi izzati

Teruja sambutan raya tahun ini, Qhouirunnisa' bakal pulang ke Indonesia

Updated: Apr 25, 2023


Kebanyakkan umat Islam di bulan puasa meminimumkan aktiviti fizikal untuk mengelakkan rasa lesu dan penat. Namun, berbeza dengan gadis aktif Qhouirunnisa' binti Endang Wahyudi atau lebih mesra dikenali sebagai Nisa tidak menjadikan berpuasa sebagai alasan untuk kekal aktif.


Sebagai seorang yang mementingkan konsistensi dalam melakukan sesuatu perkara, Nisa tetap melakukan latihan untuk memantapkan kemahirannya sebagai seorang pemain bola sepak gaya bebas walaupun ketika berpuasa. Selain itu, Nisa berkongsi beliau melakukan latihan yang tidak terlalu berat ketika di bulan puasa untuk mengelakkan dehidrasi.


“Setiap hari saya akan tetap training juga tapi satu atau dua jam sebelum berbuka dan kalau ada urusan selepas berbuka, saya akan teruskan macam biasa. Saya akan training dalam lima ke enam hari seminggu dan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Kalau bulan puasa, saya akan buat rutin ringan-ringan sahaja,” kongsi Nisa mengenai latihannya sebagai pemain bola sepak gaya bebas pada bulan puasa.



Walaupun sibuk mengimbangkan karier sebagai seorang pemain bola sepak gaya bebas, pencipta kandungan, usahawan dan juga pelajar universiti, Nisa tidak melepaskan peluang untuk memperbanyakkan ibadahnya pada bulan mulia ini. Nisa juga sempat berkongsi bahawa momen bersama keluarganya semasa bulan Ramadan ini merupakan masa sangat bermakna buatnya.


“Bulan puasa kali ini, kalau boleh saya nak memperbanyakkan ibadah pada 10 malam terakhir dan nak dapatkan malam Lailatul Qadr sebab daripada situ, saya boleh ubah hidup saya. Selain itu, saya nak khatam Al-Quran juga In Syaa Allah kalau saya mampu.


“Paling best time bulan puasa, setiap malam saya akan solat terawih dengan keluarga. Sebelum sahur pun kami akan sama-sama solat Tahajjud, jadi bagi saya momen-momen seperti itu sangat spesial bagi saya,” ujar Nisa mengenai momen manisnya ketika di bulan Ramadan.



Nisa juga menzahirkan rasa terujanya untuk beraya di kampung halamannya di Jakarta, Indonesia selepas beberapa tahun tidak beraya di sana disebabkan wabak COVID-19 melanda seluruh dunia.


“Minggu pertama saya akan beraya di Malaysia dahulu, lepastu 27 April sehingga 9 Mei baru saya akan beraya di kampung belah mak iaitu di Jakarta, Indonesia. Saya memang looking forward for this trip sebab ni pertama kali beraya di sana sejak PKP haritu dan In Syaa Allah dapat jumpa dengan keluarga belah sana,” kongsi Nisa teruja sekaligus mengakhiri perbualan.



Ikuti Qhouirunnisa' di media sosialnya:



28 views0 comments

Komentar


bottom of page