top of page
Search
  • nurarisa

Tercalon Dalam Top 5 BBNU Anugerah MeleTOP ERA 2021 #apakataalyssa

Updated: Aug 3, 2022




Undi Alyssa Dezek sekarang. Gambar: Instagram/Alyssa Dezek


Penyanyi dan YouTuber cilik popular, Alyssa Dezek, dicalonkan sebagai salah 1 daripada 5 BBNU MeleTOP Teratas di Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021. Acara anugerah hiburan terbesar ini atau lebih dikenali sebagai AME, akan diadakan di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Januari 2022.


Dikenali dengan lakonan, nyanyian dan bermain ukulele pada usia seawal tiga tahun, Alyssa kini semakin dikenali ramai selepas melancarkan saluran YouTubenya sendiri.


Kini, beliau merupakan pelakon, penyanyi dan multi-instrumentalis Malaysia yang namanya semakin hangat dibicarakan. Dengan subscribers seramai 4.26 juta di YouTube, Alyssa sering cover dan menyanyikan lagu-lagu terbaharu yang sedang hit di Malaysia dan Indonesia.


Tidak dilupakan juga, admin berpeluang untuk menemubual Alyssa secara langsung di rumahnya untuk bertanya beberapa soalan mengenai pendapatnya tentang dirinya tercalon dalam Top 5 BBNU AME dan pengalaman bekerja dalam dunia hiburan. Jom kita baca apa kata Alyssa!


APAKAH PERASAAN ALYSSA BILA DAPAT TAHU ALYSSA TERCALON DALAM TOP 5 BBNU AME?


“Alyssa rasa terkejut sebab nama Alyssa tercalon dalam AME 2021. Ini pun first time Alyssa dapat nominasi dalam AME. Jadi, terima kasih sebab calonkan Alyssa dalam AME ni.”


SIAPAKAH IDOLA YANG BANYAK MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA KERJAYA ALYSSA YANG SEKARANG?


“Kadang-kadang kalau tengok Korean artistkan, diorang successful sangat dan Alyssa rasa nak jadi macam diorang juga sebab diorang hebat.”


TADI ALYSSA KATA ALYSSA MINAT KOREAN ARTIST KAN? JADI ALYSSA MINAT SIAPA?


“Ada (ketawa), BLACKPINK!”


SEPANJANG ALYSSA DALAM DUNIA HIBURAN, ADA TAK CABARAN YANG ALYSSA HADAPI? DAN APAKAH PERASAAN ALYSSA SEMASA MENGHADAPI CABARAN TERSEBUT?


“Cabaran dia kalau kita jadi artis, mestilah kita akan ada haters. Jadi, kalau Alyssa post satu benda, diorang (haters) akan cakap macam-macam. Masa mula-mula Alyssa baru nak jadi artis, Alyssa rasa down jugaklah tapi bila lama-lama, Alyssa dah biasa dan sekarang okay je.”


TADI KITA CAKAP PASAL CABARAN, KALAU ACHIEVEMENT MACAM MANA PULA? APA ACHIEVEMENT ALYSSA YANG PALING BERHARGA SEPANJANG ALYSSA BEKERJA DALAM DUNIA HIBURAN?


Achievement Alyssa yang Alyssa rasa paling berharga dan hebat adalah music video Alyssa ‘Lagu Untuk Kamu.’ MV tu dapat 100 million views dan Alyssa pun tak sangka sebab ramai orang stream daripada negara Malaysia dan Indonesia di YouTube.”


OKAY, UNTUK AKHIRI TEMUBUAL HARINI, ALYSSA ADA APA-APA ADVICE KE UNTUK ARTIS-ARTIS YANG BARU NAK UP MACAM ALYSSA?


“Hmm, Alyssa pun baru jugak so Alyssa tak tahu la kalau Alyssa boleh advice diorang jugak (ketawa). Tapi, kalau nak jadi artis juga, Alyssa rasa korang kena humble dan jangan sombong. Alyssa pun tengah practicekan diri Alyssa juga untuk jadi humble. Selain itu, Alyssa harap korang asahkan bakat yang korang ada.”


Selain Alyssa, terdapat empat peserta lain; Amir Masdi, Azzam Sham, Dolla, dan Naim Daniel, dicalonkan dalam Top 5 BBNU MeleTOP. Anda boleh menonton AME2021 di Astro 4K UHD, Astro Go, On Demand, dan Sooka. Jangan lupa untuk mengundi Alyssa di Anugerah MeleTOP Era 2021 bagi kategori BBNU MeleTOP.


Fasa pengundian ke-2 telah pun bermula dan akan ditutup pada 30 Januari 2022, tengah hari. Anda boleh mengundi di laman web rasmi AME2021: AME2021 kini kembali! #YangFreshYangLegend (gempak.com)


All the best dan semoga berjaya Alyssa!!!


Ikuti Alyssa Dezek di media sosialnya:





106 views0 comments

Comments


bottom of page