top of page
Search
nurarisa

Tak Mahu Kejar ‘Glamour’, Natasha Elyzza Kejar 'Passion'


Natasha Elyzza pertama kali berlakon dalam telefilem yang berdasarkan kisah benar.

Gambar: Natasha Elyzza, Instagram.


Watak Along yang dibawa oleh Natasha Elyzza dalam telefilem ‘Angah’ telah mendapat pujian daripada para peminat dan penonton telefilem itu.


Menurut Natasha atau Tasha, beliau menekankan bahawa berlakon adalah minatnya, dan bukan kerana mahu kejar ‘glamour’.


“Tasha memang suka berlakon. Jadi, bagilah karakter apapun, Tasha akan berikan yang terbaik.


“Alhamdulillah, dalam cerita ‘Angah’ ni, ramai orang nampak Tasha punya bakat, tak macam dalam cerita-cerita lain yang Tasha pernah bawa,” kongsi Tasha.


‘Angah’ yang berdasarkan kisah sebenar telah menginspirasikan Natasha untuk menguasai bakat lakonannya.


“Kalau boleh lepas ni Tasha nak bawa lagi karakter yang macam ni untuk betulkan banyak benda. Terima kasih banyak-banyak kepada semua pelakon dalam telefilem ‘Angah’ sebab dapat tolong Tasha untuk menjiwai watak Along.


“Secara jujurnya, cara Tasha menjiwai watak Along tu, Tasha tak boleh buat tanpa Kak Aleza, Puteri Balqis, kak Eyra, dan juga tanpa pelakon dan orang lain yang juga ada disitu. Bukan senang untuk Tasha melakonkan watak ni.


“Ia sangat susah sebab ini merupakan kali pertama Tasha bawa karakter sesusah ini. Tapi, alhamdulillah, Tasha diberi peluang,” tambah Natasha.


Menurut Natasha, beliau tidak sangka telefilem ‘Angah’ akan menarik perhatian ramai orang.


Turut rasa gementar semasa menunggu telefilem ‘Angah’ ditayangkan, Natasha juga meluahkan rasa syukur apabila dapat menjayakan watak Along.



Telefilem ‘Angah’ memberikan pengajaran besar kepada Natasha untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Gambar: Natasha Elyzza, Instagram.


Beliau juga turut kongsi komen-komen positif dari peminatnya yang juga merupakan salah satu pembakar semangatnya untuk mendalami lagi seni lakonan.


My favorite comment setakat yang Tasha pernah baca dan paling suka adalah bila diorang komen suka lakonan Tasha sebab suka dengan watak Along tu.


“Lagisatu bila baca satu komen ni, which orang tu cakap yang bila tengok Tasha kat sosial media macam Instagram dan TikTok semua cantik betul. Tapi, bila dekat dalam telefilem ni, dia (Tasha) tak kisah langsung rupa macam mana,” kata Natasha.


Watak Along yang dibawa oleh Natasha menampilkan lakonan terbaik sehingga mendapat kredit daripada penonton.


Saksikan telefilem ‘Angah’ di Astro Ria 104 dan Astro Go/Ultra Box setiap hari Sabtu, pada pukul 10:00 pagi.




Ikuti Natasha Elyzza di media sosialnya:



43 views0 comments

Commentaires


bottom of page