top of page
Search
  • Writer's picturePrashan Chitty

#SalamKenal Kasih Iris Leona!


Nama Leona Azhar tidak lagi asing di kalangan penggiat seni tanah air kita. Namun, banyak yang ramai tidak tahu mengenai kisah di sebalik si ratu TikTok ini. Dalam artikel ini, admin ingin kongsikan sedikit mengenai asal usul Leona berdasarkan pengalaman perkenalan admin dengan beliau. Leona dipelawa menjadi 'influencer' di bawah naungan XENO pada tahun 2019, tidak lama selepas beliau selesai peperiksaan SPM. Jika dilihat di 'feed' instagram beliau ketika itu, sudah pasti ramai berfikir bahawa Leona adalah seorang anak manja dari keluarga yang berada. Ada yang menyamakan beliau dengan Paris Hilton. Admin tidak terkecuali. Namun, perjumpaan pertama admin bersama Leona membawa pengalaman yang agak unik. Ini antara perkara yang mengubah persepsi admin terhadap Leona.

King Scout & Queens Guide

Iya, Leona merupakan 'King Scout' dan juga 'Queens Guide'. Bagi orang yang ada pengalaman dalam pasukan beruniform, maka anda akan ketahui betapa susahnya untuk mendapat salah satu pangkat ini. Tapi, Leona telah mencapai kedua-dua pangkat tersebut. Percayalah. Leona bukan seorang anak gadis lemah.


Hampir Mati

Ketika Leona memburui pangkat King Scout, beliau pernah hampir mati lemas ketika expedisi Kayak. Kayak beliau terbalik dan beliau jatuh ke dalam laut ketika arus deras dan hampir mati lemas. Teruk dikecam Perkara ini mungkin semua sudah tahu, Bab dikecam, ramai 'Influencer' yang sering kena di socmed mereka. Oleh kerana Leona juga merupakan anak selebriti, kecaman beliau lebih teruk kerana sering dikaitkan dengan bapa beliau. Anak mana yang tak marah bila bapa mereka dikaitkan dengan gosip & berita negatif? Namun, alhamdulilah ayah Leona tidak terkesan & sering memberi dukungan dan sokongan kepada anaknya untuk tidak menghiraukan pandangan orang terhadap beliau. Tapi, siapa yang tidak terkesan dengan kecaman kan?


Ikuti Leona di laman-laman Socmed beliau : Instagram | Twitter | TikTok | YouTube Jadi, bagaimana pandangan anda terhadap Leona sekarang? Sudi tak tinggalkan komen positif untuk Leona?


Selamat menyambut tahun 2022 dan moga segala impian anda tercapai tahun hadapan. Admin doakan kalian terus diberkati.

666 views0 comments

Comments


bottom of page