top of page
Search
  • nurarisa

Menjadi Influencer Bukan Penghalang Untuk Syafiqah Zambry Mendapat Dekan

Updated: Aug 3, 2022


SHAH ALAM - Selebriti media sosial, Syafiqah Zambry akhirnya berjaya tamat pengajian dengan Anugerah Dekan setelah dua tahun setengah belajar Pengurusan Sistem Pejabat di UiTM Puncak Alam, pada 19 Jun lalu.


Walaupun bergelar 'influencer' semasa zaman belajarnya, Syafiqah membuktikan beliau mampu membahagikan masa antara karier dan pendidikan. Beliau tidak menjadikan itu sebagai satu alasan untuk tidak memiliki segulung ijazah dan Anugerah Dekan.


Menerusi laman sosial Instagramnya, Syafiqah telah memuat naik beberapa gambar dan meluahkan rasa gembira kerana akhirnya dapat naik ke pentas konvokesyen selepas dua tahun ditangguhkan.


“Wuuuh long short story. A piece of paper cost me a lot of tears 😭Thank you @/ farhanmzln suamiku dulu kejutkan pika malam malam untuk stay up study. Hantar pergi PALAM. Nothing is easy 😭Thank you,” tulis Pika dalam Instagram kapsyennya.



Tiada apa yang mudah dalam dunia ini, tetapi itu bukan bermaksud untuk kita berhenti berusaha. Syafiqah turut mengakui ia bukanlah perjalanan yang mudah untuk menamatkan ijazah beliau walaupun beliau merasa gembira semasa hari konvokesyennya.


Dalam satu temu bual baru-baru ini, Syafiqah meluahkan rasa bersyukur kerana memiliki kawan yang banyak mengajar dan menolong beliau semasa zaman belajar yang penuh dengan suka duka itu.


"Nasib baik Pika ada kawan yang boleh bawa Pika belajar. Malam buat kelas tuition dengan dia dan kawan Pika ni best student jadi dia ajar pun best je.


"Dia juga mengajar Pika untuk usaha dengan sendiri. Antara lecturer dan dia, dia lagi macam lecturer untuk Pika sebab dia ajar lagi detailed. Bila Pika jumpa dia lepas graduation haritu, Pika rasa nak menangis sebab dia banyak ajar Pika masa zaman degree," katanya yang berjaya habiskan ijazah dalam tempoh belajar.



Tambah Syafiqah, beliau hampir berputus asa dalam pembelajarannya semasa semester kedua. Tetapi, beliau telah membuktikan usaha adalah tangga kejayaan kerana semasa semester kelima, beliau berjaya meraih Anugerah Dekan.


“Pika masih rasa terkejut sampai sekarang. Macam tak percaya sebab hampir putus asa masa belajar, jadi bila dapat Dekan tu memang tak pernah terfikir pun. Yang paling penting adalah kita kena fokus, ada usaha dan cari kawan yang betul serta boleh bagi kita semangat untuk belajar," katanya.


Tahniah Syafiqah kerana berjaya dapat segulung ijazah dan juga Anugerah Dekan! Semoga berjaya di masa hadapan.




Ikuti Syafiqah Zambry di media sosialnya:



187 views0 comments

Comments


bottom of page