top of page
Search
  • Writer's pictureniksyafiq3

Pernah diganggu lelaki psiko, Liya Maisarah akui banyak cabaran jadi terkenal.


Ketika awal kemunculan platform media sosial suatu ketika dahulu, laman web seperti Friendster, Myspace dan Facebook menjadi medan perhubungan moden untuk para pengguna berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain.


Kini, kemunculan pelbagai variasi aplikasi media sosial yang lebih canggih seperti Instagram dan Tiktok turut mengalami revolusi dan menjadi platform pengiklanan serta medan mencari rezeki untuk sesetengah pengguna dengan menjayakan pelbagai kempen atau sebagai individu yang membantu pengiklanan sesuatu produk atau projek.


Maka wujud satu peluang pekerjaan baru yang kini dikenali sebagai “social media influencer” atau pempengaruh media sosial untuk pengguna yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai, selain aktif dan konsisten dalam memuatnaik kandungan yang diminati pengikut mereka.



Bagi Liya Maisarah, 19, yang mempunyai kira-kira 1.5 juta pengikut di laman sosial Instagram, rezeki beliau sebagai seorang “influencer” bermula kira-kira 7 tahun lalu. Video beliau bermekap ketika berusia 12 tahun yang dimuatnaik ke laman sosial musical.ly menjadi tular dan mendapat perhatian ramai selain turut mendapat liputan media. Ia turut membuka peluang untuk Liya mencuba bidang lakonan yang turut meningkatkan populariti beliau di Instagram sehingga mencecah 1 juta pengikut pada tahun 2019.


Mengakui mempunyai minat yang mendalam dengan kerjaya tersebut, Liya menyatakan sokongan pengikut yang menyukai kandungan yang dimuatnaik beliau menjadi dorongan untuk beliau terus aktif.


“Liya suka engage dan communicate dengan followers, ada ramai yang Liya dah kenal dengan lebih dekat. Apa yang Liya perhatikan, kebanyakan followers suka tengok lifestyle Liya”.


“Lagipun, memang sekarang Liya fokus kerjaya influencer sahaja. Mungkin selepas ini Liya akan slow sedikit sebab Liya nak merancang untuk sambung belajar pada tahun ini. Course apa? Belum tahu tapi anything related to business lah”, ujar Liya.


Kebelakangan ini, terdapat perbincangan dalam masyarakat mengenai karier sebagai influencer yang dianggap sebagai sementara dan tidak akan bertahan lama. Lebih merisaukan, ramai anak muda yang terdiri dari pelajar sekolah sanggup berhenti belajar demi mengejar dan menumpukan lebih masa sebagai seorang influencer.



“Pendapat semua orang berbeza-beza. Bagi Liya, Liya setuju kalau dikatakan karier ini sementara sahaja. Untuk jangkamasa panjang, kena juga ada back up plan, sebab itu Liya nak sambung belajar”.


Sekarang, followers Liya suka tengok Liya pakai cantik-cantik. Mungkin suatu hari nanti, bila dah berkahwin dan berkeluarga, Liya akan focus kandungan Liya kearah family lifestyle pula. Tengoklah macam mana nanti”.


“Untuk adik-adik di bangku sekolah yang sedang berjinak atau cuba memulakan karier sebagai influencer, Liya nasihatkan fokus lah kepada pelajaran dahulu. Pentingkan pelajaran dan jangan terkejar sangat nak jadi famous. Ingatlah, jadi famous ni tidak seindah yang disangkakan”, ujar Liya lagi.


Lumrah menjadi orang popular, pasti ada cabaran tersendiri. Sebagai seorang wanita, soal keselamatan sangat dititikberatkan oleh Liya. Oleh itu, sebagai salah satu langkah berjaga-jaga, beliau mengelak untuk membuat real time posting sebagai langkah keselamatan.


“Liya akan delaykan posting Liya di sesuatu tempat. Contohnya, sebelum datang ke pejabat, Liya ada selfie dan bergambar dahulu. Tetapi, Liya hanya akan memuatnaik ke Instagram selepas Liya sampai ke pejabat. Ini bagi mengelakkan lokasi Liya diketahui atau diekori oleh stalker atau psychopath.”


“Paling teruk, Liya pernah diganggu seorang lelaki psycho yang selalu menghantar mesej whatapps, telegram dan email kepada pengurus Liya dengan mengatakan Liya bakal isteri dia. Ada juga yang guna gambar Liya untuk buat benda bukan-bukan. Orang macam ni, Liya akan block semua!”, kata Liya tegas.


Ikuti Liya Maisarah di laman sosial beliau:

520 views0 comments

Comments


bottom of page