‘Kecil-Kecil Cili Padi’ tepat menggambarkan Kashika Selvam yang mula mengembangkan sayapnya dalam industri hiburan seawal berumur 6 tahun. Walaupun baru sahaja menginjak usia 15 tahun pada tahun ini, beliau sudah mempunyai pengalaman berada dalam industri selama 10 tahun.
Mula menyanyi seawal berumur 2 tahun, ayah beliau dapat melihat bakat terpendamnya dan banyak mendorong beliau untuk memulakan karier sebagai seorang penyanyi.
“Saya mula menyanyi ketika berumur 2 tahun tapi waktu tu saya hanya humming to the rhymes. Kakak dan ayah saya banyak mendorong saya untuk teruskan menyanyi. Ketika umur saya tahun, ayah saya hantar saya dan kakak saya uji bakat untuk program ‘Ceria Popstar 2’. Walaupun saya masih muda ketika itu, tapi saya memang minat menyanyi!” terang Kashika tentang perjalanan beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang penyayi.
Sudah menjadi suatu kelaziman untuk penyanyi mempunyai idola mereka tersendiri dalam dunia hiburan. Kashika juga menyatakan penyanyi antarabangsa seperti Olivia Rodrigo, Ariana Grande dan Taylor Swift merupakan idola bagi dirinya.
Sebagai seorang yang mempunyai pelbagai bakat, Kashika bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, namun beliau juga memiliki pontensi menjadi seorang pelakon sejak kecil lagi.
“Kalau berlakon pula, saya mula menceburi bidang lakonan ketika saya berumur 6 tahun. Filem pertama saya iaitu ‘Puasa-Puasa’ yang mengisahkan tentang sekumpulan kanak-kanak yang menginap di asrama & bercerita tentang kehidupan mereka sepanjang berada di sana.
“Coming soon pun ada drama baru saya yang akan ditayangkan iaitu ‘The Besties’. Drama ni mengisahkan mengenai sekumpulan pelajar perempuan dan mereka mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Saya memainkan watak sebagai ‘Shanti’ and my character really loves everything about bollywood and likes to be in her own world! I can say that this drama is very dramatic and fun to watch!” kongsi Kashika mengenai drama terbarunya yang akan bersiaran di TV3.
Kashika yang menggambarkan dirinya sebagai seorang yang ceria dan suka bergurau senda berkongsi bahawa dirinya meminati lakonan dan nyanyian sama rata dan tidak dapat memilih hanya satu di antara dua bidang tersebut.
“Ohhh that’s hard to choose! Saya tak boleh pilih sebab dua-dua pun best dan saya minat!” ujar Kashika teruja sekaligus mengakhiri perbualan.
Ikuti Kashika Selvam di media sosialnya:
Comments