top of page
Search
  • nurarisa

Mia Sara Kongsi Kenangan Manis Berpuasa Sambil Berlakon

Updated: Aug 3, 2022


Baru sahaja habis berlakon untuk Salam Squad edisi Ramadhan. Gambar: Instagram, Mia Sara


Setiap tahun, Muslim di seluruh dunia pasti teruja menantikan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan. Ia merupakan bulan yang penuh dengan keistimewaan dimana setiap amalan yang kita lakukan akan dilipatgandakan dengan ganjaran pahala, yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain.


Pelakon Mia Sara Nasuha atau lebih dikenali dengan panggilan Mia, turut mengambil peluang di bulan Ramadhan yang penuh keampunan ini untuk memperbaiki dirinya, walaupun sentiasa sibuk berlakon.


“Selalunya, I am a very busy person so Mia akan ambil peluang ini untuk meluangkan lebih banyak masa dengan family bulan Ramadhan ni. Masa inilah merupakan masa yang bagus untuk Mia memperbaiki diri,” kata Mia.



Mia Sara kongsi kenangan berpuasa. Gambar: Instagram, Mia Sara


Bagi Mia, mengimbau semula kenangan manis berpuasa semasa kecil merupakan perkara sentimental baginya. Mia mengakui berpuasa sambil berlakon merupakan pengalaman yang penuh dengan memori.


“Kenangan berpuasa Mia mostly masa Mia berlakon. Mia kena berpuasa semasa atau sambil berlakon.


“Mia shoot dengan ramai pelakon macam Rykal dan yang lain, jadi ada banyak kenangan manis dan pahit jugak lah sebab ada kenangan macam kita kerja sama-sama, buka sama-sama, jadi penat pun sama-sama lah,” kongsi Mia.



Ikuti Mia Sara di media sosialnya:



19 views0 comments

Comments


bottom of page