top of page
Search
  • Writer's pictureniksyafiq3

Merancang berkahwin, Myra Zainal tetap fokus kerja


Bukan sesuatu yang mudah membahagikan masa sebagai seorang pelajar sambil memenuhi tuntutan komitmen kerja, apatah lagi jika komitmen tersebut merupakan kerjaya dalam bidang seni yang pastinya memerlukan banyak pengorbanan tenaga tidak kira masa.


Namun bagi Myra Zainal, 21, minat yang mendalam dalam bidang seni menjadi pendorong utama untuk terus cekal dalam menempuhi segala ranjau onak dan duri dalam kerjayanya. Tambahan pula, nama Myra mula meniti di bibir penerbit dan pengarah drama yang tidak putus memberikan tawaran.


“Rutin Myra hampir setiap hari, apabila habis kelas, Myra akan pergi shoot. Memang penat, tapi Myra nak kumpul duit sebab nak kahwin, tarikhnya masih rahsia”, ujar Myra sambil ketawa kecil.


Ditanya tidakkah merasakan diri masih terlalu muda untuk berkahwin, Myra menjawab “Betul. Memang sebenarnya Myra plan lambat lagi, tapi percaturan Allah, tiba-tiba rasa nak percepatkan. Keluarga pun semua bersetuju. Benda baik buat apa nak dilengahkan”.



“Myra masih belum mahu nak kongsi tarikh perkahwinan, sebab nak suprise, tahu-tahu kahwin. Rancangan Myra, majlis itu nanti mungkin cuma dihadiri keluarga dan kawan-kawan terdekat.. Kalau ada lebih rezeki, mungkin Myra akan buat majlis berasingan untuk followers”, tambah Myra.


Berkenaan perkembangan karier selepas berkahwin, Myra tetap positif dan merasakan status sebagai isteri tidak akan membawa banyak perubahan, tambahan pula bakal suami memberikan sokongan untuk meneruskan kerjayanya. Mengenai perancangan jangka panjang selepas bergelar isteri, anak keempat dari sembilan beradik ini tetap mahu fokus kepada kerjaya terlebih dahulu sebelum bergelar ibu.


“Myra tak rasa nak terus ada anak lepas kahwin. Fokus Myra adalah kerjaya dan Myra nak bina sebuah empayar perniagaan. Cita-cita Myra adalah untuk memiliki butik pakaian rekaan Myra sendiri. Doa-doakanlah ya?” ujar Myra mengakhiri perbualan.



Ikuti Myra Zainal di laman sosialnya:




514 views0 comments

Kommentare


bottom of page