top of page
Search
  • Writer's picturefifi izzati

Meminati muzik rap, Nelysa Kay berkongsi perjalanannya menulis lirik rap buat kali pertama



‘Artis serba boleh’ gelaran itu tepat menggambarkan Nelysa Kay, 20 yang mula menjinakkan diri dalam muzik rap. Mendefinisikan diri sebagai seorang yang kreatif, Nelysa berhasrat untuk menjadi pemuzik yang serba boleh dan kreatif dalam menghasilkan karya.


Nelysa yang mula menjejakkan diri di dalam industri sebagai seorang penari profesional pada usia seawal 7 tahun, kini membuat kemunculan sulung sebagai penyanyi rap melalui kumpulan duo, XONE. Beliau akui dirinya meminati muzik rap dan ingin mendalami bidang tersebut.


“Sebenarnya, saya tak pernah terfikir untuk menyanyi rap. Tapi sebelum ini, saya pernah menyertai ‘Ceria Megastar’ bersama Ellya dan dua kawan kami yang lain. Semasa dalam pertandingan tu, tak tahu kenapa tapi kami decide untuk membawa lagu rap dari kumpulan K-Clique, ‘Mimpi’.


"Saya memang suka sangat lagu tu tapi tak pernah terfikir untuk perform lagu tu disebabkan saya tak tahu saya ada bakat untuk rap. Jadinya, ia memang pertama kali saya perform lagu rap and saya dapat banyak feedback positif daripada orang ramai. Disebabkan itu, Ellya brought it up yang saya boleh ambil posisi sebagai rapper sebab kami terfikir kalau kami berdua yang menyanyi, siapa yang nak rap kan?


“Kami inginkan variety dalam kumpulan kami, bukan hanya menyanyi sahaja tapi ada rapping juga. Tapi pada yang sama, saya risau jika kami tambah ahli kumpulan, bimbang nanti dia akan merasa left out disebabkan saya dan Ellya sudah mempunyai chemistry yang kuat.


"So, we came to the conclusion that actually the both of us are enough. We complete each other. We’re enough to take the stage. We do not need anything else. Disebabkan itu, saya rasa why not saya cuba sahaja rap sebab saya pun memang minat rapping!” ujar Nelysa teruja.



Nelysa akui untuk menulis lirik bagi sebuah rap bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Beliau yang sebelum ini pernah menzahirkan cintanya terhadap muzik K-Pop berkongsi bahawa genre muzik tersebut menjadi inspirasi buat beliau menghasilkan lirik rap bagi single debut XONE iaitu ‘Lantaklah’.


“Sebelum ni, saya hanya tulis lirik dalam bilik tidur saya sahaja, saya tak lakukan secara profesional. And now suddenly I have written my first rap and it is for my debut song. Saya tak exaggerated tapi kemungkinan dalam 20 drafts of raps saya dah tulis tapi setiap kali saya tulis rap tersebut, saya rasa ianya tak represent diri saya. I feel like it is trying to sound like someone because I was looking at inspiration from Jennie from Blackpink, Bobby from Ikon, all these K-Pop and YG artists. Dan saya rasa rap yang saya dah tulis tidak selari dengan konsep kami, it does not feel authentic.


"Akhirnya, I came to the final rap, yang tu datang secara natural. Kalau rap sebelum ni saya ambik masa selama seminggu untuk tulis tapi this final rap saya hanya ambil masa selama satu jam sahaja. It came out naturally and I thought:okay, this is the one”, I am not cringing at the rap and I do not feel it sounds like somebody else. So yeahh, itulah macam mana rap tersebut terhasil,” kongsi Nelysa tentang perjalanan beliau menulis lirik rap bagi lagu debut XONE ‘Lantaklah’.




Memiliki pengalaman selama 12 tahun di dalam industri hiburan, Nelysa menyimpan impian untuk menjejakkan diri dalam bidang muzik rap dari dahulu lagi. Beliau berkongsi bahawa muzik rap sentiasa menjadi pilihannya ketika berkaraoke.


“Saya memang minat muzik rap sebab setiap kali saya dan Ellya pergi karaoke, saya selalu memilih lagu yang mempunyai rap. Even though if it is not perfect, I have been trying and just been flexible with the tone of the rapping. Menulis lirik rap menyebabkan saya menyukai muzik rap even more dan membuatkan saya ingin discover more of my potential.


"At the time, saya meminati kumpulan idol K-Pop ‘Treasure’. Kumpulan tersebut mempunyai 3 rappers dan saya banyak mengambil inspirasi daripada kumpulan tersebut kerana each one of the rappers mempunyai warna dan style rapping yang berbeza,” kongsi Nelysa.



Sebagai seorang yang kreatif, Nelysa berpendapat tiada peraturan bagi menghasilkan sesebuah rap. Beliau mengambil inspirasi daripada pelbagai sumber dan tidak meletakkan had dan batasan untuk berkarya.


“Pada pendapat saya, rapping tiada rules, tapi ni pendapat peribadi saya sahaja la sebab saya pun tiada ambik kelas untuk rapping. I am sorry to any rappers who read this but I do not think there are any rules to creativity. Saya juga peminat tegar kumpulan idol K-Pop ‘Seventeen’, mereka mempunyai unit hip-hop dan 4 orang rappers and every one of them ada gaya rapping yang tersendiri.


"Jadi, saya banyak ambil inspirasi from this big group and there is just not only one way to expressing yourself in a rap. Ia tidak semestinya fast tempo, tidak semestinya lirik yang digunakan oleh ramai orang. I just wanted to not have a boundaries and those artist helps me realise that!” kongsi Nelysa teruja sekaligus mengakhiri perbualan.


Dengarkan single pertama XONE, ‘Lantaklah’ di semua platform penstriman digital dan ikuti Nelysa Kay di media sosialnya:


213 views0 comments

Comentários


bottom of page