top of page
Search
  • Writer's picturefifi izzati

Meminati dunia fesyen, Sofea Orked cuba mendalami gaya fesyen tersendiri


Zaman yang kian moden memperlihatkan lebih ramai individu mengambil berat mengenai dunia fesyen. Berumur 23 tahun, gadis yang lebih mesra dikenali sebagai Sofea Orked juga sentiasa mempamerkan gaya fesyennya yang tersendiri di media sosial.


Sebagai seorang pempengaruh media sosial, rata-rata pengikutnya di media sosial menjadikan gaya fesyen beliau sebagai sumber inspirasi. Sofea yang menzahirkan minatnya terhadap fesyen berkongsi bahawa beliau banyak mengambil ilham daripada gaya fesyen seperti ‘streetwear’ dan ‘hypebeast’. Namun, beliau menzahirkan keinginannya untuk mencuba pelbagai gaya fesyen yang berbeza pada masa hadapan.


“Saya selalu ambil inspirasi fesyen daripada Pinterest seperti gaya fesyen ‘streetwear’ dan ‘hypebeast’. Saya kurang meminati pakaian terlalu ‘girly’ dan selalunya saya memang akan pakai oversize style and baggy style” kongsi Sofea mengenai gaya fesyennya.


“Saya teringin berpakaian seperti gaya yang lebih ‘girly’ tetapi kadang-kadang saya kurang confident, mungkin kerana bentuk badan saya dan juga saya ada ekzema yang menyebabkan saya tidak berapa selesa showing my skin too much” luah Sofea.


Sofea berkongsi bahawa beliau tidak menetapkan mana-mana individu sebagai inspirasi ketika berfesyen kerana beliau lebih menyukai untuk menerokai gaya fesyennya yang tersendiri.


“Saya rasa semua pemakaian saya memang atas diri saya sendiri. Saya suka discover gaya fesyen saya tersendiri. Bagi saya, saya akan cuba pelbagai gaya sehingga saya jumpa fashion style yang saya suka sebab tak semua gaya akan sesuai dengan saya” jelas Sofea mengenai cara beliau menemui gaya fesyennya.


Sebagai seorang yang mengikuti rapat arah aliran fesyen, Sofea menitip beratkan keselesaan dalam berpakaian. Selain itu, beliau sempat memberi pesanan untuk mendalami pelbagai gaya fesyen sehingga menemui yang bersesuaian dengan diri.


“Fesyen ni kena try and error sebab tak semua gaya fesyen akan sesuai dengan kita. Paling penting sekali adalah keselesaan dan kalau nak inspirasi boleh cari dekat ‘Pinterest’ juga and lastly jangan paksa diri untuk fit in the trend and just be yourself!” pesanan Sofea sekaligus mengakhiri perbualan.



Ikuti Sofea Orked di media sosialnya:


106 views0 comments

Comments


bottom of page