top of page
Search
Writer's pictureniksyafiq3

Mahu terus menyanyi, Nana Sheme tidak menolak jika ada rezeki anak


Menjalani kehidupan baru sebagai isteri tidak menghalang hasrat penyanyi Nana Sheme, 27, untuk terus melangkah maju dalam perkembangan kariernya .


Nana yang selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya, Zikri Zakaria di Kuching, Sarawak pada 22 Oktober lalu, mensasarkan untuk lebih aktif dalam bidang muzik menjelang tahun hadapan.


“Nana berasa sangat bersyukur dan teruja dengan izinNya kini Nana dapat menjalani fasa kehidupan baru bersama lelaki pilihan hati Nana, my soulmate, my best friend, dialah tempat Nana mengadu semuanya. Alhamdulillah, kini kami sudah menjadi suami isteri yang sah disisi agama. We are just excited to explore the world together”, ujar Nana yang kini sedang menikmati percutian bulan madu di Pulau Bali bersama suami.



Bergelar isteri kepada seorang produser muzik, Nana mengakui ia memudahkan mereka berdua untuk lebih memahami kerjaya masing-masing. Malah, Nana turut membayangkan mereka berdua akan lebih bekerjasama bagi menghasilkan karya-karya terbaik buat peminat.


“Untuk tahun 2023, Nana mahu lebih aktif bukan sahaja dari segi pengeluaran lagu, malah penghasilan lagu juga. Dari segi kemunculan Nana dalam mana-mana show atau jemputan, Nana sentiasa mengharapkan yang terbaik. Nana sangat menghargai sokongan peminat selama ini dan sudah tiba masanya Nana menghadiahkan buah tangan terbaharu buat mereka selepas sekian lama”, kata Nana.


Ditanya mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata dan membina keluarga, Nana tidak menolak jika ada rezeki.



“Di peringkat awal perkahwinan ini, kami ingin mempersiapkan diri terlebih dahulu dari segala segi, terutamanya aspek rohani, mental, kewangan dan sebagainya. Jadi, bila tiba waktu kami dikurniakan cahaya mata nanti, kami mampu untuk melakukan yang terbaik. Tapi walau apapun, takdir di tangan tuhan dan kami akan terima apa sahaja dengan hati terbuka.”


“Kami mengharapkan doa anda semua supaya sentiasa mendoakan yang terbaik supaya kami berdua dilimpahi rahmat Allah sentiasa”, tambah Nana lagi.


45 views0 comments

Commenti


bottom of page