top of page
Search
  • Writer's pictureniksyafiq3

Lama menunggu, Syada Amzah harap peminat terus sabar


Bakal menginjak usia 25 tahun tanggal 14 Januari ini, tahun 2023 merupakan tahun penting buat Syada Amzah untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam karier nyanyian.


Kini dalam proses mencari tajaan untuk memulakan penggambaran muzik video single pertamanya, “Hasrat”, Syada mengakui berasa tidak sabar untuk menantikan single tersebut menemui peminatnya.


“Selepas agak lama menunggu, saya yakin ada hikmah dengan timing tersebut terutama dari sudut perniagaan. Harap semua peminat dan pengikut Syada boleh menerima single tersebut dengan baik.


“Lagu itu ciptaan bersama Syada dan kakak, Shila Amzah. Sasaran pendengarnya adalah mass market di Malaysia. Genre dan rentak muzik dalam single tersebut biasa kita dengar globally, tapi di negara kita ia bukan benda biasa” terang Syada mengenai lagunya.



Selain itu, untuk tahun 2023, Syada mencuba sedikit kelainan dengan merancang mahu lebih aktif menyanyikan cover lagu-lagu medley sebagai kandungan untuk dimuatnaik ke saluran Youtube beliau. Sebagai perancangan jangkamasa lebih panjang, Syada tidak menolak untuk menghasil dan menyanyikan lagu duet bersama kakaknya, Shila Amzah.


“Perancangan untuk menyanyi bersama kakak suatu hari nanti sentiasa ada, cuma buat masa sekarang, ia masih terlalu awal untuk dikatakan. Menyanyi memang menjadi minat Syada sejak kecil. Syada bercita-cita untuk mencipta sebuah lagu yang ibarat photo album berbentuk karya penulisan, yang pada masa yang sama ia menjadi katalog of our past memories”, ujar Syada lagi.


“Kepada semua para peminat dan para pengikut Syada, Syada minta sabar sedikit sahaja lagi. Nanti bila single Syada dah keluar, harap semua boleh request atau mainkan on repeat, mana tahu boleh naik carta radio?” kata Syada ketawa kecil.


Saksikan cover medley terbaharu lagu-lagu dari kumpulan Ungu di saluran Youtube Syada Amzah:



66 views0 comments

Comentarios


bottom of page