Eliya Farhana, 24 yang pada mulanya tidak mempunyai rancangan untuk menjejakkan diri dalam industri hiburan, kini dikenali ramai melalui videonya di Youtube. Gadis yang lebih mesra dikenali sebagai Nana mula menghasilkan video berkonsepkan ‘vlog’ yang memaparkan kehidupan sehariannya.
Nana berkongsi bahawa dirinya sememangnya minat menghasilkan video. Namun, beliau tidak pernah terfikir untuk menghasilkannya dan memuat naik di platform media sosial sehinggalah Aisyah atau lebih dikenali sebagai Cupcake Aisyah yang juga merupakan sepupunya memberikan galakan kepada beliau.
“Saya mula vlogging apabila saya melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma di Perlis pada 2018. Saya cuba vlogging ni pun disebabkan Aisyah mendorong saya sebab dia nak tahu my daily life dekat Perlis dulu! Since then, I started to do vlog for fun and now it’s become my career! Ujar Nana teruja.
Beliau akui untuk menghasilkan sesebuah video untuk akaun Youtubenya bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana pelbagai aspek perlu dititikberatkan. Namun, Nana menyimpan hasrat untuk menjadikan content creator sebagai kerjayanya buat jangka masa panjang.
“Saya memang minat buat vlog tapi nak buat content ni agak susah sebab banyak benda saya kena fikirkan. Saya kena fikir apa yang penonton saya nak tengok dan apa yang mereka suka. Jadinya, saya akan brainstorm betul-betul dahulu sebelum mula shooting.
“In Syaa Allah kalau ada sambutan, saya akan teruskan hasilkan banyak lagi vlog dan saya memang ada niat untuk jadikan content creator sebagai my long term career” Ujar Nana ketika ditanya mengenai kariernya.
Sudah menjadi kebiasaan untuk setiap individu mempunyai azam mereka yang tersendiri setiap kali tahun baru menjelang, Nana juga tidak terlepas daripada membuat perkara yang sama. Beliau menzahirkan semangatnya untuk lebih konsisten menghasilkan video bagi akaun Youtubenya.
“Saya memang ada azam untuk lebih konsisten dan saya letak target untuk buat dan memuat naik 2 atau 3 video dalam satu bulan. Sebenarnya, saya ada bawak planner, I have about 5 goals for new years to share! Selain daripada konsisten untuk akaun youtube, saya ingin kelihatan more presentable. Saya ingin sentiasa menepati masa, spend more time with my family and lastly, saya nak cari boyfriend!” kongsi Nana tentang azam tahun barunya sambil sempat berjenaka.
Nana berada di bawah naungan XENO sejak 2021 dan berharap agar beliau dapat mengembangkan sayapnya dalam industri hiburan selepas ini.
Ikuti Eliya Farhana di media sosialnya:
Comments