top of page
Search
  • Writer's picturefifi izzati

Impian akhirnya tercapai, XONE berkongsi kemunculan sulung sebagai kumpulan duo.

Updated: Dec 30, 2022


Ellya Keesha dan Nelysa Kay berkongsi perjalanan mereka merealisasikan impian untuk membuat kemunculan sulung sebagai kumpulan duo bernama XONE (so-en-ee). Debut tunggal sulung mereka iaitu ‘Lantaklah’ yang menemui peminat muzik pada 23 Disember lepas telah mendapat sambutan hebat daripada ramai peminat muzik tanah air.


Setiap pemuzik pastinya mempunyai kisah mereka yang tersendiri untuk melakar nama di dalam industri muzik, dua gadis ini juga mempunyai kisah suka dan duka mereka yang tersendiri.


“Saya memang excited sangat untuk orang ramai dengar lagu kami sebab this project has been in work for 2 years!” ujar Ellya ketika ditanya mengenai perasaan beliau yang akan membuat kemunculan sulung sebagai kumpulan duo.


“Sebenarnya, beberapa hari lepas kami baru sahaja selesai penggambaraan video muzik dan the second that we wrap the final scene of the whole 2 days shoot, saya ada menangis. At the time, I would say it was a build up a lot of emotions sebab hanya kami yang tahu what it took untuk sampai ke tahap itu. Kami mengambil masa 2 tahun untuk merealisasikan projek ini menjadi kenyataan,”


“Kami sangat teruja dan gemuruh pada masa yang sama kerana akhirnya kami dapat berkongsi karya kami kepada orang ramai kerana projek ini sangat bermakna bagi kami. Tapi, we are excited to see where it might go dan kami teruja untuk melihat bagaimana orang ramai boleh menerima karya kami because the song is very personalised and authentic to us,” kongsi Nelysa.


Berbekalkan pengalaman yang telah diterima sepanjang bergiat aktif dalam bidang tarian, Ellya dan Nelysa merasakan iainya keputusan yang tepat untuk memilih genre ‘pop dance’ bagi projek pertama mereka.


“Saya dan Nelysa membesar bersama dan all we did was dance. Jadi, kami merasakan iainya penting untuk mempunyai elemen tarian dalam lagu kami. Sebab itulah koreografi kami agak mencabar because we really wanted the music to be a song for dance,” kongsi Ellya ketika ditanya mengapa mereka memilih genre tersebut.


“Macam saya dan Ellya, kami pertama kali berjumpa ketika kami berumur 7 tahun dan sekarang kami sudah 19 tahun. Sejak 12 tahun yang lepas, kami bermula menjejakkan kaki di dalam industri sebagai penari dahulu. Saya rasa menari adalah our strong point dan menyanyi adalah hobi kami dan sesuatu yang kami suka buat bersama. Because of that, ‘dance pop’ just makes sense to us because we were dancers first and then we started singing. So, why not gabungkan the both and just try ‘pop dance’ genre!” ujar Nelysa dengan teruja.


Walaupun Ellya dan Nelysa merupakan penari profesional, namun mereka akui untuk menghasilkan sebuah koreografi bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pelbagai aspek perlu dititip beratkan untuk melahirkan sebuah koreografi yang bersesuaian dengan gaya mereka.



“Iainya bermula dengan kami berjumpa koreografer pada bulan Julai yang lepas dan kami mempunyai sesi hanya untuk mengenal pasti gaya tarian yang sesuai dengan kami. So, only then we started working on the choreography slowly, and we finished the last choreography around the last week of November. It took a few months to complete everything!” ujar Ellya berkongsi perjalanan mereka menghasilkan koreografi bagi lagu kemunculan sulung mereka.


“Kami banyak berbincang mengenai idea dan konsep, bagaimana cara untuk portray the song melalui koreografi. It was collaborative process with the choreographers, mereka menerima idea dan pandangan kami dengan baik dan membantu untuk menyempurnakan koreografi dan pada akhirnya, saya dan Ellya memang berpuas hati dengan koreografi yang telah terhasil,” kongsi Nelysa.


Ellya dan Nelysa mengharapkan lagu debut mereka ‘Lantaklah’ yang membawa mesej positif ini dapat dijadikan inspirasi buat pendengar.


“Tajuk lagu kami kedengaran ganas kan? It’s not like that actually, it’s not that way. Saya masih ingat makna asal lagu yang saya cadangkan kepada Shazee, our producer ialah saya nak lagu ni jadi seperti nota kepada diri saya sendiri apabila saya ‘overthink’, because I am an overthinker. Ketika itu, our producer tanya apa yang saya sering katakan ketika saya overthink, dan selalunya saya akan katakan kepada diri saya: “Lantaklah all of this stuff, this overthinking stuff”, just do what you wanna do!”. Jadi, itulah makna dan mesej lagu ini yang saya cuba sampaikan!” kongsi Ellya ketika ditanya tentang mesej yang cuba disampaikan melalui lagu mereka.


“Secara jujurnya, kalau nak tulis lagu mengenai cinta, saya tak boleh relate sangat. Saya lebih suka menghasilkan sebuah lagu yang every age and generation could relate with! Saya rasa setiap orang dapat relate to this personal struggle and setiap orang ada their own struggle tapi tak semua dapat memahami mereka. Oleh itu, saya harap lagu ini dapat memberikan semangat dan motivasi untuk pendengar meneruskan kehidupan dan mencapai impian mereka. Itulah yang kami cuba sampaikan melalui penampilan sulung kami sebagai kumpulan duo XONE!” ujar Nelysa teruja.


Nantikan temubual lebih mendalam bersama XONE yang disiarkan Xetopia akan datang.



Dengarkan single pertama XONE, ‘Lantaklah’ di semua platform penstriman digital dan ikuti XONE di media sosialnya:



86 views0 comments

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page