top of page
Search
  • Writer's picturefifi izzati

Fatin Afeefa pertama kali beraya tanpa anak disisi, syukur berpeluang merasai beraya di Tanah Suci

Updated: May 22, 2023



Impak terkini yang dibawa oleh media sosial memberikan pendedahan lebih pantas mengenai apa-apa berita berkaitan seseorang selebriti. Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa yang mula dikenali melalui drama ‘Tentang Bulan’ akui beliau sering terjerat dengan kontroversi dan sudah lali apabila dirinya tular di media sosial . Disebabkan itu, beliau mempunyai caranya yang tersendiri untuk menangani perkara tersebut agar tidak mempengaruhi kesihatan mentalnya.


“Satu benda yang saya belajar daripada benda-benda yang viral ni saya dah tahu mulut netizen macam mana, they would always have something to say. Bagi saya, kalau saya terlalu mengambil kisah apa yang mereka cakap nanti hidup saya akan sedih. Sebelum ini, saya terlalu mengambil berat tentang komen-komen daripada netizen sampai setiap kali i walk out the house, saya rasa macam berjalan atas kaca dan banyak mata memerhati,


“Saya sedar akhir-akhir ni saya sering viral di media sosial melibatkan saya dan suami tapi saya cuba untuk tidak baca dan tidak react dengan komen-komen negatif sebab orang macamni sebenarnya mahukan perhatian” kongsi Fatin cara beliau menangani komen-komen negatif dari pengguna media sosial.



Going to Umrah is like me going back to where I suppose to be” jawab Fatin apabila ditanya bagaimana beliau terdetik ingin melakukan ibadah Umrah. Beliau menzahirkan rasa syukurnya apabila beliau dan suami dipilih menjadi tetamu Allah sekaligus berpeluang untuk beribadah dan merehatkan minda daripada media sosial.


“Saya pertama kali melakukan Umrah dengan niat saya dapat berubah ke arah yang lebih baik. Pergi Umrah tu sebenarnya my bucket list dan apa yang istimewanya sebab saya pergi ketika bulan Ramadan dan berada di sana semasa 10 malam terakhir Ramadan. It was a good memory!” kongsi Fatin.



Bagi Fatin, rayanya tahun ini sedikit berbeza kerana beliau tidak dapat berada di samping anak-anaknya pada hari pertama Aildilfitri. Beliau akui terdapat perasaan sedih tidak beraya bersama keluarnya di Malaysia namun beliau bersyukur dapat merasai kelainan beraya di Tanah Suci.


“Raya kali ini memang berlainan sebab saya hanya beraya dengan Opai di Tanah Suci tanpa anak-anak which is tak pernah terjadi dalam hidup saya. Disebabkan itu, saya sedih la juga sebab berjauhan dari anak-anak pada hari raya. Tapi saya masih bersyukur sebab diberi peluang untuk merasai beraya dekat sana sebab memang sangat berbeza suasana dan culture beraya di Tanah Suci berbanding dengan Malaysia” kongsi Fatin mengenai kelainan dan pengalamannya pertama kali beraya di sana.



Ikuti Fatin Afeefa di media sosialnya:



28 views0 comments

Comments


bottom of page