top of page
Search
  • Writer's pictureniksyafiq3

Cupcake Aisyah mahu 1 juta subscribers di Youtube!


Lebih 10 tahun mencipta nama sebagai seorang vlogger terkenal menerusi pelbagai platform seperti Youtube, Instagram dan Tiktok, perjalanan karier Nur Aisyah Muhammad Razip atau Cupcake Aisyah, 22, sebagai seorang influencer mencapai satu lagi milestone terbaharu apabila jumlah subscribers laman Youtubenya mencecah lebih 500,000 baru-baru ini.


Bagi menyambut kejayaan itu, ahli keluarganya telah mengadakan satu surprise party untuk meraikan Aisyah.


“Sebenarnya saya memang tidak tahu menahu apa-apa mengenai parti tersebut. Ya memang saya ada terdengar keluarga merancang untuk mengadakan satu parti tapi saya sendiri tidak begitu jelas mengenainya”, terang Aisyah memulakan cerita.


“Rupa-rupanya, selama lebih seminggu tanpa pengetahuan saya, ahli keluarga saya mempunyai satu lagi whatapps group rahsia untuk mereka berbincang dan merancang parti tersebut”.


“Pada hari kejadian, sepupu saya Nana membawa saya ke suatu tempat dalam keadaan blindfolded. Sampai disana, saya nampak semua sangat cantik dihias dengan belon dan bunga serta pelbagai hadiah di salah sebuah restoran kegemaran saya. It is the best thing ever!”



Ditanya mengenai faktor-faktor yang mendorongnya untuk terus menerbitkan video dan kandungan yang diminati para peminat, Aisyah menjawab “Selain untuk peminat, semua video yang saya rakam dan muatnaik di Youtube dan laman sosial yang lain adalah untuk kenangan diri sendiri. Saya suka untuk melihat kembali video-video lama yang saya rakam untuk mengimbas memori lama kerana daya ingatan saya tidak begitu bagus”.


“Kemudian, dengan cara itulah saya sering dapat berinteraksi dengan para pengikut, supaya mereka benar-benar boleh mengenali diri saya, mengenai apa yang saya lakukan dalam kehidupan seharian dan sebagainya. Sangat menyeronokkan! Saya harap mereka akan kekal mengikuti saya mungkin sehingga umur saya mencecah 80 tahun!” tambah Aisyah bergurau ceria.


Tidak ramai yang bertuah untuk berjaya di usia yang sangat muda. Ketika rakan sebaya yang lain masih cuba mencongak masa depan atau mencari tapak dalam bidang pekerjaan, Aisyah sudah boleh berbangga dengan karier sendiri, dengan beberapa anugerah turut pernah dimenangi.



Namun, Aisyah tidak sesekali mendabik dada mahupun membanding-bandingkan kejayaannya dengan rakan-rakan lain.


“Tuhan itu Maha Adil dan pastinya mempunyai sebaik-baik perancangan untuk semua orang. Go at your own pace dan tidak perlu membanding-bandingkan diri antara satu sama lain. Buat apa sahaja yang mendatangkan kegembiraan kepada anda dan paling penting, dapatkan restu ibu-bapa,” kata Aisyah.


Menyebut mengenai “bucket list” atau cita-cita yang belum kesampaian, Aisyah mengakui masih ada beberapa perkara yang mahu dicapai.


“Saya mahu 1 juta subscribers!!” katanya ceria. “Dan… Aisyah nak kahwin! Tapi calonnya belum ada. Harapnya akan dapat jumpa dalam beberapa bulan akan datang!” guraunya mengakhiri perbualan.



Ikuti Cupcake Aisyah di laman sosial:

49 views0 comments

Comentarios


bottom of page