Kesempatan cuti Hari Easter di United Kingdom digunakan sepenuhnya personaliti media sosial, Iman Opie, 21, untuk pulang ke Malaysia menjalani ibadah puasa dan sambutan Hari Raya bersama keluarga tercinta.
Iman yang kini sedang menduduki pengajian di Durham University dalam bidang Pengurusan Perniagaan, sempat berpuasa selama dua hari di sana sebelum pulang ke Malaysia awal Ramadan lalu.
“Saya teruja dapat berpuasa dan menyambut Hari Raya di Malaysia. Bezanya di UK tempat saya belajar, ianya hanya sebuah pekan kecil yang dihuni majoriti penduduk asal berkulit putih jadi tidak ramai penganut agama Islam. Selain itu, disebabkan kita sekarang berada pada bulan April, waktu siang hari untuk berpuasa adalah sedikit panjang. Jadi, saya rasa kesunyian bila tidak bersama keluarga.”
“Mungkin kalau saya tinggal di bandar besar seperti London contohnya, komuniti Muslim lebih ramai dan pastinya keadaan akan lebih meriah. Tetapi, tahun ini saya tinggal bersama kawan-kawan yang turut berasal dari Malaysia jadi kami dapat bangun bersahur dan berbuka bersama-sama”, cerita Iman.
Berkongsi mengenai perancangan jangka panjang selepas tamat belajar, Iman tidak berhasrat untuk terus tinggal di UK, namun tidak menolak kemungkinan untuk mencari pengalaman selama setahun dua bekerja di sana terlebih dahulu di sana sebelum pulang ke Malaysia.
“Selepas tamat pengajian sekarang, kalau saya terus menyambung pengajian dalam bidang Master, mungkin saya akan tinggal lebih lama. Jika tidak, saya memang mahu pulang kerana Malaysia is always my home and I don’t see myself living in the UK”.
“Tetapi, saya mengakui potensi pekerjaan di sana lebih bagus. Mungkin kalau saya bermula dengan bekerja disana terlebih dahulu, ia memberikan peluang dan pilihan pekerjaan yang lebih banyak apabila saya pulang ke Malaysia nanti. We’ll see how it goes”, terang Iman.
Sudah menjadi kebiasaan zaman sekarang, ramai penuntut Malaysia yang berada di luar negara lebih memilih untuk terus bekerja di luar atas faktor gaji yang jauh lebih lumayan. Bercakap mengenai hal ini, Iman mempunyai perancangan tersendiri.
“Kerja di luar negara tidak semudah yang disangkakan. Saya kagum dengan mereka yang bekerja di sana. Komitmen kerja dan kehidupan adalah lebih tinggi, dan persaingannya adalah jauh lebih hebat. Jadi anda harus sentiasa menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik”.
“Bagi saya, jika saya dapat bermula dengan bekerja di sana, ianya pasti bagus untuk memperkukuhkan kewangan terlebih dahulu sebelum pulang ke Malaysia, kerana pastinya seperti kita semua sedia maklum, bayaran gaji di Malaysia pastinya tidak setara dengan apa yang diperolehi di sana. Tetapi, I just want to get home!”
“Jadi, saya mungkin akan terus menyambung kerja-kerja saya di media sosial. Saya tidak pasti berapa lama, kerana saya sendiri merasakan kerjaya sebagai influencer mungkin bukanlah kerjaya untuk jangka masa panjang tetapi I dont see social media is going to slow down anytime soon, kita tengok lah macam mana nanti”, kongsi Iman lagi.
“Kepada semua pengikut media sosial saya, saya ingin memberikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana ada dikalangan anda semua yang telah mengikuti saya sejak saya berumur 16 atau 17 tahun lagi. Saya harap akan dapat terus kekal aktif dan berkongsi lebih banyak aktiviti harian saya selepas ini. Akhir kata, Selamat Hari Raya!!”
Terus ikuti Iman di laman sosial:
Comments