top of page
Search
  • Writer's picturefifi izzati

“Beauty with Brain” - Intan Najuwa percaya kerjaya dan pendidikan perlu seimbang



‘Tuntutlah ilmu hingga ke menara gading’ peribahasa tersebut sinonim dengan pelakon popular, Intan Najuwa, 25. Kariernya sebagai pelakon dan model yang sentiasa sibuk tidak menghalang beliau untuk melanjutkan pelajaran dan kini berada dalam tahun pertama pengajian dalam jurusan Undang-Undang di Kolej Bac, Singapura.


“Saya rasa akademik itu sangat sangat penting, kerja kita kerja juga tapi education saya letak sebagai priority. Bagi saya, selagi ada peluang untuk saya menimba ilmu, saya akan teruskan.

Tak kisah kaya macam mana pun, ilmu itu penting. Kita kena ada balance antara kerjaya dan pelajaran,” respon Intan apabila ditemubual wakil Xetopia.


Meminati subjek Sejarah dari bangku persekolahan menimbulkan minat bagi Intan untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perundangan di peringkat yang lebih tinggi.


“Saya memang minat Law dari zaman sekolah lagi sebenarnya, lagipun Law perlu banyak membaca dan menghafal which is sama dengan karier saya yang sentiasa perlu menghafal skrip untuk drama.




“Sebenarnya saya pernah melanjutkan pendidikan di tingkatan enam terutamanya bagi subjek Sejarah kerana saya merancang untuk menyambung pelajaran dalam jurusan perundangan apabila sudah habis STPM.


“Tetapi, saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada tingkatan enam dan menyambung pelajaran dalam Foundation in Law dan terus sambung kepada LLB iaitu Bachelor of Law,” terang Intan dengan panjang lebar mengenai perjalanannya demi mengejar impian untuk menyambung pelajaran dalam jurusan perundangan.


Intan akui iainya sukar untuk membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran. “Memang susah bagi saya untuk bahagikan masa sebenarnya. Kalau saya ada shooting untuk drama, memang masa tu kurang fleksibel. Contoh kalau ada scene back-to-back kena shooting, saya tiada masa untuk baca buku dan ulangkaji. Jadi, apa yang saya buat adalah semua nota dan bahan ulangkaji saya akan simpan dalam iPad dan my phone. Jadi, bila ada masa terluang dekat shooting set, saya akan baca dan dengar all the recorded lectures.




“Selain itu, saya selalu self-study sebab saya rasa ianya lebih membantu saya untuk betul-betul memahami. That is how I balance between works and studies, kalau ada gap masa, I curi masa itu untuk study,” ujar Intan apabila ditanya cara beliau membahagikan masanya.


Menerusi satu video yang di muat naik di akaun Tiktoknya, Intan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan iaitu gred ‘A’ bagi subjek ‘Undang-Undang Kontrak’ dan ‘Undang-Undang Jenayah’.


“Sebenarnya semasa waktu exam tu, saya berada di London. Saya memang tak expect pun dapat 'A'. I do not put any high expectations actually. But what I did is, I did my very best and I am thankful nevertheless,” ujar Intan teruja.


Education tu penting, saya memang berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Master of Laws. Kalau mampu apa salahnya kan?” respon Intan ketika ditanya jika beliau ada rancangan untuk meneruskan pengajian selepas tamat sarjananya sekaligus mengakhiri perbualan.



Ikuti Intan Najuwa di media sosialnya:


280 views0 comments

Comments


bottom of page