top of page
Search
  • Writer's pictureniksyafiq3

Bakal kembali ke Indonesia, Baby Shima kesal dituduh menari seksi



“Shima akan kembali ke Indonesia. Mungkin selepas Aidiladha. Label disana pun memang dah susun jadual Shima”, ringkas jawapan Baby Shima ketika ditanya bila beliau mahu kembali “beraksi” di Indonesia.


Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Binti Ramli, 24, turut berkongsi pengiktirafan terbaharu yang diterima dari aplikasi laman sosial popular, Tiktok.


“Shima baru dapat “award” dari Tiktok sebagai “Outstanding Celebrity of The Year”. Terima kasih kepada semua peminat dan rakan-rakan Shima dari Malaysia dan Indonesia atau dari mana sahaja yang menyokong dan mengikuti akaun Tiktok Shima selama ini”, tambahnya.


Disebalik populariti dan pengiktirafan yang diterima, Baby Shima tidak terlepas dari kontroversi dan isu yang timbul dari video dan perkongsian yang dimuatnaik oleh beliau ke aplikasi tersebut.


Terbaru, beliau dikritik ekoran video tarian yang dianggap keterlaluan oleh sesetengah pihak. Ikuti penjelasan penuh Baby Shima eksklusif di saluran Youtube Xetopia:









57 views0 comments

Comments


bottom of page