Kuala Lumpur, 22hb September. Hotlink, sebuah jenama telekomunikasi terkenal di Malaysia hari ini memperkenalkan wajah-wajah baru duta mereka melalui kempen Tetapkan pilihanmu, #BikinSampaiJadi caramu dengan Hotlink. Namun, bukan satu, bukan dua, bukan tiga, tapi empat duta yang ditampilkan sekaligus dan kesemua duta Hotlink merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia. Selebriti-selebriti yang dipilih Hotlink adalah, Ayda Jebat, Aliff Satar, Joe Flizzow & Amyra Rosli. Yang pastinya, kesemua selebriti ini merupakan anak seni yang telah berjaya namun masih mempunyai cita-cita yang tinggi dalam kerjaya mereka masing-masing. Pihak XENO & XETOPIA ingin merakamkan ucapan tahniah kepada barisan duta Hotlink serta mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka. Kita sama-sama doakan kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi dan diikuti oleh syarikat syarrikat komersil yang lain supaya dapat terus meningkatkan daya saing selebriti tempatan dalam usaha mereka untuk membawa karya mereka ke persada dunia di samping mengharumkan nama negara.
top of page
bottom of page
Commentaires