top of page
Search
  • nurarisa

1.3 Juta Spotify Streams, Alyssa Dezek Kongsi #SPOTIFYWRAPPED2021 Bersama Peminatnya di Instagram

Updated: Aug 3, 2022


Dengarkan Let It Flow oleh Alyssa Dezek di Spotify sekarang. Gambar: ukuniliukulele


Temui Alyssa Dezek, artis yang disahkan di Spotify serta merupakan YouTuber terkenal dalam kategori kanak-kanak popular di Malaysia dengan 4.26 Juta subscriber.


Alyssa mula terkenal dalam dunia hiburan selepas muncul dalam rancangan realiti televisyen kanak-kanak. Bakatnya bermain ukulele pada usia yang muda menarik perhatian ramai yang menjadikan beliau selebriti internet termuda Malaysia yang disenaraikan dalam Top 10 YouTube tertinggi di Malaysia.



SPOTIFYWRAPPED2021 milik Alyssa. Gambar: Alyssa Dezek/Instagram



Spotify Wrapped, yang juga dikenali sebagai 'Year in Music' telah menjadi tradisi tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh pendengar di seluruh dunia. Ramai orang di seluruh dunia berkongsi Spotify Wrapped mereka antara satu sama lain di media sosial. Sama seperti orang lain, Alyssa juga turut berkongsi keputusanya di Instagram.


Alyssa memperoleh 1.3 juta Spotify streams di 130 negara, termasuk Malaysia, dan ia merupakan prestasi paling membanggakan yang pernah dikongsikan di Instagramnya. Muziknya ditambah kepada 18,287 playlist untuk pertama kalinya dan apa yang lagi luar biasa, adalah Alyssa merupakan orang yang dicari-cari di Spotify.


Tidak lupa, stream pertamanya berasal dari 48 negara baru. Bahamas, Madagascar, Zimbabwe, Palestin, dan Mauritania adalah negara yang paling menyukai muzik Alyssa. Muziknya telah memecahkan rekod tahun 2021, dengan lebih daripada 428K pendengar dan 89.9K jam mendengar.


Peminat di seluruh dunia berpendapat Alyssa adalah intan permata, dan admin pun setuju! Lagu-lagu beliau disimpan sebanyak 12,808 kali dan sekarang, lebih daripada 16,992 orang mengikuti Alyssa di Spotify. Dan mereka tak sabar untuk lagu baru seterusnya!


Tapi sebelum itu, jom kita baca apa kata Alyssa tentang hal ini dan pengalamanya sebagai seorang penyanyi!


PADA USIA YANG MUDA, ALYSSA DAPAT CAPAI 1.3 JUTA STREAMS DI SPOTIFY YANG MERUPAKAN SATU PENCAPAIAN YANG TINGGI UNTUK SEORANG PENYANYI MUDA. BOLEH KONGSIKAN SEDIKIT PENGALAMAN BERHARGA ALYSSA SEBAGAI SEORANG PENYANYI?


“Pengalamanya, masa first-first Alyssa jadi artis, Alyssa selalu buat cover song dekat YouTube semua. Ada cover satu lagu ni, lagu Arab: Kun Anta. Tau tak lagu tu? Cover tu diviralkan and then Alyssa pun terkejut sebab Alyssa pun baru-baru lagi. Penyanyi asal dia notice Alyssa and dia cakap kat Alyssa, “boleh tak nyanyi dengan Alyssa?” dekat satu tempat ni. Tempat tu untuk dia meet and greet dengan fans dia so dia ajak Alyssa. Jadi, Alyssa pun perform dengan dia. Alyssa rasa macam appreciated sebab Alyssa pun baru masatu and penyayi asal kenal Alyssa.”


SIAPA ATAU APA YANG MENJADI INSPIRASI ALYSSA UNTUK MENYANYI/MENULIS LAGU?


“Hmm, inspirasi Alyssa untuk menyanyi sebenarnya adalah mummy Alyssa sendiri, sebab mummy Alyssa pun memang tahu menyanyi dan masa Alyssa kecik-kecik, mummy akan ajar kalau Alyssa tak tahu macam mana nak main atau note ni apa semua, mummy Alyssa akan bagitahu macam mana. Jadi, Alyssa pun dapat inspirasi dari mummy juga.”


ALYSSA MERUPAKAN ARTIS YANG VERIFIED DI SPOTIFY. APAKAH PERASAAN ALYSSA BILA DAPAT TAHU TENTANG KEPUTUSAN SPOTIFY WRAPPED 2021?


“Oh, Alyssa pun tak expect sebenarnya sebab Alyssa fikir dia akan macam lagu biasa je sebab YouTube pun dah banyak viewskan so Alyssa pun tak sangka dan Alyssa rasa hargai sangat.”


SEKARANG DAH MASUK TAHUN BARU. APAKAH AZAM ALYSSA UNTUK TAHUN 2022?


“Alyssa ada nak keluarkan lagu baru juga yang ketiga, dan mungkin ada duet song dengan rakan artis Alyssa, dan Alyssa harap lagu yang ketiga tu akan jadi hit juga dan Alyssa harap fans Alyssa akan terima dan suka lagu tu.”


LAST SEKALI, ADA APA-APA MESEJ UNTUK PEMINAT ALYSSA?


“Alyssa nak cakap terima kasih kepada fanclub Alyssa ADFC, and terima kasih kepada semua fans Alyssa sebab support dalam career Alyssa, diorang suka Alyssa dan Alyssa hargai diorang punya support tu dan harap diorang akan terus support Alyssa dalam career Alyssa.”


Ikuti Alyssa Dezek di media sosialnya:


21 views0 comments

Comentários


bottom of page