top of page

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, barisan penyanyi di bawah naungan XENO Entertainment seperti XONE, As’ad Motawh, BabyShima, Alyssa Dezek, Nana Sheme dan Amir Jahari yang menggelarkan gabungan mereka sebagai 'EnXemble' telah merakamkan sebuah lagu bertajuk ‘Pulang Beraya’.


Selain mereka, kumpulan muzik Floor 88 juga turut melancarkan sebuah lagu raya bertajuk ‘Jombalika’. Sehubungan itu, sebuah majlis pelancaran dan sidang media yang bertempat di Skyark Event Spaces telah diadakan semalam bagi memperkenalkan ‘Jelajah Marilah Pulang’ yang melibatkan 13 artis terkenal tanah air yang dijadualkan bermula 16 April hingga 13 Mei, 2023 dimana peminat berpeluang menyaksikan persembahan dan beramah mesra dengan artis kesayangan mereka di IOI City Mall Putrajaya, City Square Johor Bahru, Mydin MITC dan Kuantan Parade.



Tetamu kehormat majlis iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) XENO, Prashan Chitty dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Dydo iaitu Chan Meng turut kelihatan hadir memberikan ucapan bagi majlis pelancaran tersebut.


Artis-artis yang terlibat dengan pelancaran video muzik lagu raya ‘Pulang Beraya’ dan ‘Jombalika’ turut memeriahkan majlis dengan membuat persembahan. Selain itu, pihak media juga turut hadir bagi sesi temu ramah bersama Floor 88 dan artis-artis XENO.


Menurut Amir Jahari, selaku komposer bagi lagu ‘Pulang Beraya’, beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan lagu ini daripada Prashan Chitty yang menyuarakan idea untuk menciptakan sebuah lagu raya. “Prashan memberi idea untuk mengambil melodi daripada lagu lama iaitu ‘Geylang Si Paku Geylang’ dan Amir menambah baik untuk menghasilkan sebuah lagu raya,” ujar Amir.



“Lagu-lagu raya kita sekarang susah nak naik sebab tiada elemen nostalgik. Bagi Amir, lagu ini mempunyai keseimbangan antara lagu klasik dan lagu berentak moden”, tambah Amir ketika disoal tentang perbezaan lagu Pulang Beraya dengan lagu-lagu raya yang lain.


Bagi Nana Sheme, beliau berasa bangga dan gembira kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada lagu ‘Pulang Beraya’ ini dan beliau mengharapkan supaya lagu ini berjaya mendapat tempat di jiwa pendengar.


Menurut XONE, mereka tidak menyangka diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada lagu ini memandangkan mereka baru sahaja membuat kemunculan sulungnya baru-baru ini. Mereka juga menzahirkan rasa teruja untuk menemui peminat mereka di serata negeri melalui jelajah yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Jangan lupa dengarkan ‘Pulang Beraya’ dan ‘Jombalika’ di semua platform penstriman digital dan nantikan muzik video di YouTube.


82 views0 comments

Bulan Ramadan sinonim dengan bulan penuh rahmat merupakan masa untuk Umat Islam merenung diri dan memperbanyakkan amal ibadah. Penyanyi Amir Syazwan bin Masdi, atau lebih mesra dikenali sebagai Amir Masdi juga tidak terkecuali untuk memperbanyakkan masa muhasabah diri walaupun sibuk dengan kerjanya sebagai seorang anak seni.


Alhamdulillah, walaupun pada bulan puasa ada juga kerja-kerja yang diberi dan saya bersyukur. Namun, bulan puasa ni Amir berharap untuk menjadi lebih healthy sebagai seorang manusia, nak jaga fitness badan dan improve diri sendiri dari segala segi,” ujar Amir mengenai harapannya untuk Ramadan kali ini.


Amir akui bulan Ramadan adalah peluang terbaik untuk dirinya melaksanakan beberapa matlamat yang ingin dicapainya.



“Mungkin saya nak turunkan berat badan dan nak lebihkan masa untuk refleksi diri. Walaupun saya agak busy, tapi saya cuba adakan masa untuk saya rehat dan merenungi diri saya sendiri sebab nanti bulan lain saya akan lebih busy. Bagi saya, bulan ni adalah peluang terbaik untuk saya melakukan semua itu!” kongsi Amir.


Selepas sebulan berpuasa pastinya Syawal akan menjelang. Oleh itu, sudah menjadi kelaziman untuk umat Islam di Malaysia meraikan Syawal di kampung halaman. Amir juga berkongsi, sudah menjadi tradisi bagi keluarganya meraikan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman.


Plan tu belum ada lagi, I will just follow my family’s plan tapi selalunya memang akan beraya di kampung, memang standard every year balik kampung!” ujar Amir dengan nada teruja.



Walaupun ingin fokus mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa pada bulan Ramadhan, Amir masih tidak meninggalkan tanggungjawabnya sebagai seorang pemuzik. Amir sempat berkongsi beberapa projek yang akan menemui peminatnya pada masa hadapan.


“Saya tengah dalam preparation untuk release lagu ketuhanan sempena bulan puasa tapi tiada specific release date lagi buat masa sekarang. Selain itu, saya juga tengah plan untuk buat showcase dan In Syaa Allah akan berlangsung a few months after raya,” kata Amir mengenai perancangan khas untuk peminatnya sekaligus mengakhiri perbualan.



Ikuti Amir Masdi di media sosialnya:




224 views0 comments


Pasangan sejoli Emma Maembong dan suaminya Muhd Shazli Azhar bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Sama-sama teruja menerima kehadiran ahli keluarga baharu itu, mereka telah mengadakan sebuah majlis ‘baby shower’ untuk mendedahkan jantina anak mereka di Ampang Glasshouse, Kuala Lumpur semalam.


Bertemakan warna hitam dan emas, majlis tersebut kelihatan meriah dengan kehadiran keluarga dan juga sahabat terdekat. Emma Maembong kelihatan berseri-seri menggaya busana berwarna hitam bersama suaminya. Tumpuan utama majlis tersebut apabila Emma membuat kejutan dengan berkongsi jantina bayinya yang dinantikan ramai. Pasangan sama cantik sama padan itu bakal menyambut kelahiran putera kedua mereka.


Pihak XETOPIA juga sempat menemu bual Emma yang menzahirkan keinginannya untuk menimbang cahaya mata perempuan, namun beliau bersyukur dengan rezeki yang diberinya.


Kami di XETOPIA mengucapkan tahniah kepada Emma dan pasangan serta mendoakan agar segalanya dipermudahkan untuk pasangan ini.







20 views0 comments
bottom of page