top of page

Dengarkan Let It Flow oleh Alyssa Dezek di Spotify sekarang. Gambar: ukuniliukulele


Temui Alyssa Dezek, artis yang disahkan di Spotify serta merupakan YouTuber terkenal dalam kategori kanak-kanak popular di Malaysia dengan 4.26 Juta subscriber.


Alyssa mula terkenal dalam dunia hiburan selepas muncul dalam rancangan realiti televisyen kanak-kanak. Bakatnya bermain ukulele pada usia yang muda menarik perhatian ramai yang menjadikan beliau selebriti internet termuda Malaysia yang disenaraikan dalam Top 10 YouTube tertinggi di Malaysia.



SPOTIFYWRAPPED2021 milik Alyssa. Gambar: Alyssa Dezek/Instagram



Spotify Wrapped, yang juga dikenali sebagai 'Year in Music' telah menjadi tradisi tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh pendengar di seluruh dunia. Ramai orang di seluruh dunia berkongsi Spotify Wrapped mereka antara satu sama lain di media sosial. Sama seperti orang lain, Alyssa juga turut berkongsi keputusanya di Instagram.


Alyssa memperoleh 1.3 juta Spotify streams di 130 negara, termasuk Malaysia, dan ia merupakan prestasi paling membanggakan yang pernah dikongsikan di Instagramnya. Muziknya ditambah kepada 18,287 playlist untuk pertama kalinya dan apa yang lagi luar biasa, adalah Alyssa merupakan orang yang dicari-cari di Spotify.


Tidak lupa, stream pertamanya berasal dari 48 negara baru. Bahamas, Madagascar, Zimbabwe, Palestin, dan Mauritania adalah negara yang paling menyukai muzik Alyssa. Muziknya telah memecahkan rekod tahun 2021, dengan lebih daripada 428K pendengar dan 89.9K jam mendengar.


Peminat di seluruh dunia berpendapat Alyssa adalah intan permata, dan admin pun setuju! Lagu-lagu beliau disimpan sebanyak 12,808 kali dan sekarang, lebih daripada 16,992 orang mengikuti Alyssa di Spotify. Dan mereka tak sabar untuk lagu baru seterusnya!


Tapi sebelum itu, jom kita baca apa kata Alyssa tentang hal ini dan pengalamanya sebagai seorang penyanyi!


PADA USIA YANG MUDA, ALYSSA DAPAT CAPAI 1.3 JUTA STREAMS DI SPOTIFY YANG MERUPAKAN SATU PENCAPAIAN YANG TINGGI UNTUK SEORANG PENYANYI MUDA. BOLEH KONGSIKAN SEDIKIT PENGALAMAN BERHARGA ALYSSA SEBAGAI SEORANG PENYANYI?


“Pengalamanya, masa first-first Alyssa jadi artis, Alyssa selalu buat cover song dekat YouTube semua. Ada cover satu lagu ni, lagu Arab: Kun Anta. Tau tak lagu tu? Cover tu diviralkan and then Alyssa pun terkejut sebab Alyssa pun baru-baru lagi. Penyanyi asal dia notice Alyssa and dia cakap kat Alyssa, “boleh tak nyanyi dengan Alyssa?” dekat satu tempat ni. Tempat tu untuk dia meet and greet dengan fans dia so dia ajak Alyssa. Jadi, Alyssa pun perform dengan dia. Alyssa rasa macam appreciated sebab Alyssa pun baru masatu and penyayi asal kenal Alyssa.”


SIAPA ATAU APA YANG MENJADI INSPIRASI ALYSSA UNTUK MENYANYI/MENULIS LAGU?


“Hmm, inspirasi Alyssa untuk menyanyi sebenarnya adalah mummy Alyssa sendiri, sebab mummy Alyssa pun memang tahu menyanyi dan masa Alyssa kecik-kecik, mummy akan ajar kalau Alyssa tak tahu macam mana nak main atau note ni apa semua, mummy Alyssa akan bagitahu macam mana. Jadi, Alyssa pun dapat inspirasi dari mummy juga.”


ALYSSA MERUPAKAN ARTIS YANG VERIFIED DI SPOTIFY. APAKAH PERASAAN ALYSSA BILA DAPAT TAHU TENTANG KEPUTUSAN SPOTIFY WRAPPED 2021?


“Oh, Alyssa pun tak expect sebenarnya sebab Alyssa fikir dia akan macam lagu biasa je sebab YouTube pun dah banyak viewskan so Alyssa pun tak sangka dan Alyssa rasa hargai sangat.”


SEKARANG DAH MASUK TAHUN BARU. APAKAH AZAM ALYSSA UNTUK TAHUN 2022?


“Alyssa ada nak keluarkan lagu baru juga yang ketiga, dan mungkin ada duet song dengan rakan artis Alyssa, dan Alyssa harap lagu yang ketiga tu akan jadi hit juga dan Alyssa harap fans Alyssa akan terima dan suka lagu tu.”


LAST SEKALI, ADA APA-APA MESEJ UNTUK PEMINAT ALYSSA?


“Alyssa nak cakap terima kasih kepada fanclub Alyssa ADFC, and terima kasih kepada semua fans Alyssa sebab support dalam career Alyssa, diorang suka Alyssa dan Alyssa hargai diorang punya support tu dan harap diorang akan terus support Alyssa dalam career Alyssa.”


Ikuti Alyssa Dezek di media sosialnya:


21 views0 comments

Lagu Raya Cina dari keluarga 'Kuan' berjudul 虎年新年到 yang mengetengahkan adik-beradik Jestinna, Christinna & Perry Kuan kini tular di Malaysia & Singapore. Video klip yang juga dibintangi oleh ibu & ayah mereka Dato Jefri Kuan menjadi perbualan ramai. Keluarga Kuan sebelum ini dikenali di medsos dengan video video TikTok mereka sejak tahun lalu.

Video ini menduduki tangga No1 Trending YouTube Malaysia bagi kategori muzik selepas 6 hari dimuat naik. Video yang pada masa ini menduduki tangga ke-2 ini juga menduduki tangga ke-5 di Trending YouTube Singapore. Video ini telah meraih sebanyak 1 juta tontonan dalam minggu pertama dan kini mencecah 1.8 juta penonton dalam jangka masa 10 hari. Lagu & Video ini disokong oleh Vida C, sebuah minuman Vitamin C berkabonat yang berasal dari Jepun yang semakin popular di Malaysia selepas sering dikongsikan oleh influencer-influencer terkenal seperti Kasih Iris Leona, Imanopie, Cupcake Aisyah & ramai lagi.


Pihak XETOPIA mengucapkan tahniah kepada seluruh keluarga Kuan dan mendoakan agar lagu mereka boleh terus maju.

103 views0 comments

Updated: Aug 3, 2022




Undi Alyssa Dezek sekarang. Gambar: Instagram/Alyssa Dezek


Penyanyi dan YouTuber cilik popular, Alyssa Dezek, dicalonkan sebagai salah 1 daripada 5 BBNU MeleTOP Teratas di Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021. Acara anugerah hiburan terbesar ini atau lebih dikenali sebagai AME, akan diadakan di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Januari 2022.


Dikenali dengan lakonan, nyanyian dan bermain ukulele pada usia seawal tiga tahun, Alyssa kini semakin dikenali ramai selepas melancarkan saluran YouTubenya sendiri.


Kini, beliau merupakan pelakon, penyanyi dan multi-instrumentalis Malaysia yang namanya semakin hangat dibicarakan. Dengan subscribers seramai 4.26 juta di YouTube, Alyssa sering cover dan menyanyikan lagu-lagu terbaharu yang sedang hit di Malaysia dan Indonesia.


Tidak dilupakan juga, admin berpeluang untuk menemubual Alyssa secara langsung di rumahnya untuk bertanya beberapa soalan mengenai pendapatnya tentang dirinya tercalon dalam Top 5 BBNU AME dan pengalaman bekerja dalam dunia hiburan. Jom kita baca apa kata Alyssa!


APAKAH PERASAAN ALYSSA BILA DAPAT TAHU ALYSSA TERCALON DALAM TOP 5 BBNU AME?


“Alyssa rasa terkejut sebab nama Alyssa tercalon dalam AME 2021. Ini pun first time Alyssa dapat nominasi dalam AME. Jadi, terima kasih sebab calonkan Alyssa dalam AME ni.”


SIAPAKAH IDOLA YANG BANYAK MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA KERJAYA ALYSSA YANG SEKARANG?


“Kadang-kadang kalau tengok Korean artistkan, diorang successful sangat dan Alyssa rasa nak jadi macam diorang juga sebab diorang hebat.”


TADI ALYSSA KATA ALYSSA MINAT KOREAN ARTIST KAN? JADI ALYSSA MINAT SIAPA?


“Ada (ketawa), BLACKPINK!”


SEPANJANG ALYSSA DALAM DUNIA HIBURAN, ADA TAK CABARAN YANG ALYSSA HADAPI? DAN APAKAH PERASAAN ALYSSA SEMASA MENGHADAPI CABARAN TERSEBUT?


“Cabaran dia kalau kita jadi artis, mestilah kita akan ada haters. Jadi, kalau Alyssa post satu benda, diorang (haters) akan cakap macam-macam. Masa mula-mula Alyssa baru nak jadi artis, Alyssa rasa down jugaklah tapi bila lama-lama, Alyssa dah biasa dan sekarang okay je.”


TADI KITA CAKAP PASAL CABARAN, KALAU ACHIEVEMENT MACAM MANA PULA? APA ACHIEVEMENT ALYSSA YANG PALING BERHARGA SEPANJANG ALYSSA BEKERJA DALAM DUNIA HIBURAN?


Achievement Alyssa yang Alyssa rasa paling berharga dan hebat adalah music video Alyssa ‘Lagu Untuk Kamu.’ MV tu dapat 100 million views dan Alyssa pun tak sangka sebab ramai orang stream daripada negara Malaysia dan Indonesia di YouTube.”


OKAY, UNTUK AKHIRI TEMUBUAL HARINI, ALYSSA ADA APA-APA ADVICE KE UNTUK ARTIS-ARTIS YANG BARU NAK UP MACAM ALYSSA?


“Hmm, Alyssa pun baru jugak so Alyssa tak tahu la kalau Alyssa boleh advice diorang jugak (ketawa). Tapi, kalau nak jadi artis juga, Alyssa rasa korang kena humble dan jangan sombong. Alyssa pun tengah practicekan diri Alyssa juga untuk jadi humble. Selain itu, Alyssa harap korang asahkan bakat yang korang ada.”


Selain Alyssa, terdapat empat peserta lain; Amir Masdi, Azzam Sham, Dolla, dan Naim Daniel, dicalonkan dalam Top 5 BBNU MeleTOP. Anda boleh menonton AME2021 di Astro 4K UHD, Astro Go, On Demand, dan Sooka. Jangan lupa untuk mengundi Alyssa di Anugerah MeleTOP Era 2021 bagi kategori BBNU MeleTOP.


Fasa pengundian ke-2 telah pun bermula dan akan ditutup pada 30 Januari 2022, tengah hari. Anda boleh mengundi di laman web rasmi AME2021: AME2021 kini kembali! #YangFreshYangLegend (gempak.com)


All the best dan semoga berjaya Alyssa!!!


Ikuti Alyssa Dezek di media sosialnya:





106 views0 comments
bottom of page