top of page

Updated: Aug 3, 2022


Dengarkan lagu R.A.Y.A sekarang! Gambar: Instagram, Nana Sheme


Celebration, vibrant dan all from the heart,” itulah apa yang Nana Sheme, 27, menggambarkan lagu R.A.Y.A beliau.


Menurut beliau, pembikinan lagu R.A.Y.A merupakan pengalaman paling best dan memorable dari awal sampai akhir proses muzik video itu.


“Ini adalah kali pertama Nana terlibat secara langsung dari first sampai last. Daripada awal sampai hujung lagu tu, pembikinan lagu dan muzik video R.A.Y.A adalah di mana Nana sendiri yang cuba cari client, sponsor, approach Sarawak Cultural Village sama ada mereka sudi dan sponsor dalam semua ni dalam jangka masa satu minggu.


"Nana juga ada buat panggilan pada semua yang terlibat sehinggalah pada hari shooting, semuanya dalam satu minggu sahaja,” kongsi Nana dalam satu temubual bersama saya.


Menurut Nana, proses pemilihan lagu sangat menyeronokkan dan senang.


“Nana rasa macam teamwork punya project sebab Nana bukan keseorangan semasa menulis ataupun composed lagu ni. Saya bekerja dengan Zikri, yang juga merupakan penerbit Xeno saya. Jadi, ia memang betul-betul kerja berpasukan yang berjaya.


“Jadi macam mana kita start pilih lagu tu… kan ada banyak pilihan kan, boleh buat balada atau sedih tapi kitorang buat keputusan untuk letak bunyi macam celebration dan fun. Sebab itu yang Nana mahukan dalam lagu R.A.Y.A.


After pilih badan lagu tu, kita move on kepada muzik dan melodi, di mana ada sentimental dan personal touch dekat sini. Ada bunyi kompang, gendang, akordion, semua instrumen raya dan bunyi Melayu. Walaupun lagu ni urban untuk suit dengan kita punya lifestyle dengan the youngsters sekarang, tapi dia tak menghilangkan elemen lagu raya. Itu yang Nana nak, masih ada fusion disitu,” jelas Nana.


Nana yang sangat berpuas hati dengan lagu R.A.Y.A juga menyatakan bahawa ia merupakan pengalaman yang berbaloi kerana setiap detik mereka dapat memberi sepenuh hati dan jiwa dalam pembikinan muzik video raya itu.


“Saya sangat happy dan bila kitorang start tulis lirik, ia sangat senang sebab kita tak perlu fakekan diri kita, sebab Nana letak diri Nana sebagai first point of view, di mana Nana sendiri dah lama tak balik ke kampung halaman untuk beraya, ada rasa tak sabar nak balik jadi memang dipermudahkan lah bagi Nana,” kata Nana dengan gembiranya.


R.A.Y.A dicipta oleh beliau sendiri bersama komposer, penulis dan penerbit lagu, Zikri Zakaria. Gambar: Youtube, Nana Sheme


Elemen sentimental dan peribadi dalam lagu ini amat berharga bagi beliau kerana lagu R.A.Y.A diinspirasikan dari pengalaman Nana sendiri yang bekerja di perantauan.


“Pemilihan elemen-elemen dalam satu muzik video ini, semua yang terlibat, apa yang terlibat, adalah personal touch Nana sendiri. Di mana Nana ni seorang entertainer yang sangat value the journey of completing a song.


“Haa..Nana value sangat-sangat the journey tu sendiri so I’m very happy, I even tarik my sister untuk jadi cameo, dia ada buat special appearance dalam R.A.Y.A. Shooting pun buat dekat hometown Nana sendiri, so Nana rasa it was fun and memorable sebab yang pertama, ada my own personal touch, yang kedua sebab everyone had so much fun dan yang ketiga sebab kita dapat belajar untuk managed dan menjayakan sebuah muzik video.


It’s very challenging…dan Nana rasa inilah yang membuatkan ada elemen berharga tu, di mana Nana dapat belajar banyak sangat,” kata Nana.


Lagu R.A.Y.A merupakan lagu raya solo pertama Nana Sheme yang telah dikeluarkan pada 25 April lalu. Gambar: Xeno, Nana Sheme


Walaupun ini merupakan kali pertama Nana terlibat dalam pembikinan muzik video sepenuhnya, Nana berasa syukur dan gembira kerana R.A.Y.A adalah idea Nana sendiri.


“Saya yang buat storyboard dan storyline, selepas itu Nana juga ada berjumpa dengan production team, tolong refine dan fill in the gaps untuk storyline.


“Untuk warna dan tema vibrant pun datang dari Nana sendiri. Nana nak dia kena sangatlah dengan lirik dan maksud lagu tu sendiri. Kitorang semua saling bekerjasama dan kongsi idea, dan it just sparked from there lah.


“Ia kerja berpasukan tapi Nana yang mulakan dulu. Selepas itu baru kitorang bekerja sama-sama untuk menjayakan muzik video R.A.Y.A,” kongsi Nana.


Dengarkan R.A.Y.A di Apple Music, Deezer, Instagram, Spotify, Tik Tok dan YouTube sekarang.



Ikuti Nana Sheme di media sosialnya:



23 views0 comments
  • nurarisa

Updated: Aug 3, 2022


‘OK’ disiarkan di semua platform utama. Gambar: Instagram, Zee Avi


Penyanyi dan penulis lagu kelahiran Sarawak, Zee Avi, telah mengeluarkan single baharunya ‘OK’ pada 20 April 2022 lalu.


Apa yang menarik tentang lagu ‘OK’ adalah ilustrasi yang dilukis tangan oleh rakan Zee sendiri, iaitu seorang artis grafik Colombian, Fiorella Bassil.


Ia adalah satu kolaborasi yang merupakan kesukaan Zee sendiri kerana beliau telah memberi kebebasan kepada artis grafik itu untuk melukis berdasarkan visi Fiorella sendiri.


Di dalam satu instagram post Zee, Fiorella telah berkongsi visual pemahamannya bersama Zee sendiri tentang lagu dan lirik ‘OK’.


“Apabila mendengar ‘OK’, saya fikir kehidupan sebagai satu perjalanan yang boleh dilalui oleh pelbagai situasi yang berbeza.


“Kehadiran laut dan alam semulajadi menggambarkan betapa luasnya apa yang tidak diketahui, bahawa kemungkinan hidup berubah 180 darjah.


“Dan wanita adalah representasi keupayaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan serta menunjukkan keinginan untuk menikmati kehidupan yang ada dalam diri setiap daripada kita, so powerful…sehingga ia membuat kita terus maju walaupun menghadapi rintangan,” kongsi Fiorella.


‘OK’ dengan sempurnanya telah menyampaikan mesej kepada ramai orang. Gambar: Xeno Entertainment


Menurut Zee, apabila orang maju dalam kehidupan, mereka juga akan berubah.


Ditulis pada tahun 2014 bersama Andre De Santanna dan dirakamkan pada tahun 2017, Zee juga menyatakan bahawa lagu itu adalah satu pendekatan yang realistik untuk mengingatkan dirinya supaya sentiasa ada harapan.



Ikuti Zee Avi di media sosialnya:



17 views0 comments

Saban tahun setiap kali menjelangnya hari lebaran, pastinya halwa telinga kita akan dijamu dengan alunan lagu-lagu raya buat menambahkan lagi seri dan kemeriahan menyambut ketibaan 1 Syawal.


Selepas 2 tahun Aidilfitri disambut dalam fasa Pandemik yang membataskan banyak perkara, peralihan ke fasa Endemik kini pastinya membuatkan sambutan Hari Raya pada tahun ini akan menjadi lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini.


Bagi menambahkan lagi kemeriahan tersebut, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat melancarkan satu projek lagu raya istimewa dengan mempertaruhkan bakat nyanyian bersama adik-adiknya, Fyna Jebat dan Sabira Jebat membentuk kumpulan vokal yang dinamakan “The Jebats”.



The Jebats: Ayda bersama dua adiknya, Fyna (kiri), dan Sabira (tengah).


Mengakui pembentukan “The Jebats” bersama dua adik perempuannya merupakan impian yang telah lama dipendam, lagu raya “Hari Raya Ya Ya Ya Ya” diharap dapat menjadi batu loncatan bagi melonjakkan trio mereka dalam industri nyanyian. Tambahan lagi, Fyna Jebat bukan nama asing dalam dunia hiburan kerana pernah memenangi tempat ketiga dalam program realiti Akademi Fantasia musim ke 9 yang disertai bersama Ayda pada tahun 2011 dahulu. “Selepas lagu ini siap, saya sebenarnya sedang berbincang mencari rakan duet, tetapi Boss XENO, Prashan bertanya jika adik-adik saya berminat untuk menyanyikan lagu ini. Jadi saya pun terus menyampaikan perkara itu kepada mereka, alhamdulillah mereka bersetuju walaupun mulanya agak terkejut!” cerita Ayda sambil ketawa.


Lagu dan lirik “Hari Raya Ya Ya Ya Ya” dicipta sepenuhnya oleh Ayda Jebat dengan gubahan muzik dari Chong Jee Yan. Selain Ayda, Fyna dan Sabira, adik lelaki mereka, Danial turut terbabit menyumbangkan suara dalam lagu tersebut.


“Mula-mula mereka ingat nyanyi suka-suka untuk letak di Instagram sahaja, tetapi bila saya cakap kena masuk studio rekod lagu dan akan shoot MV, mereka seakan tak percaya. Adik lelaki saya Danial pun ada menyanyi beberapa rangkap dalam lagu ini. Mulanya dia memang tak tahu langsung dia bakal terbabit, sewaktu hari rakaman, saya ajak dia ke studio sekali, tiba-tiba kena nyanyi!” tambah Ayda lagi.


Selepas kali terakhir mereka menyanyi dan membuat persembahan bersama adalah ketika semua masih di bangku sekolah kira-kira 13 tahun lalu, Ayda mengakui mempunyai perancangan yang lebih besar sekiranya percubaan sulung mereka ini berjaya. “Insya-Allah, kalau semua berjalan lancar, mungkin kami akan keluar dengan lagu yang lebih commercial di masa hadapan,” ujar Ayda.


OK guys! Jom kita layan MV istimewa Hari Rayayayayaya arahan Nabil Mahir di Youtube:




71 views0 comments
bottom of page