top of page

Updated: Aug 3, 2022


Tujuh tahun berkenalan, akhirnya diijabkabulkan tahun lepas. Gambar: Instagram, Syafiqah Zambry


Syafiqah Zambry, 26, dan Farhan Mazlan, 28, telah menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada 20 Mei 2022. Siapa sangka cinta mereka bermula selepas followback di Twitter!


Bak kata Syafiqah atau lebih manis dipanggil Pika, Twitter merupakan tempat pertama mereka jumpa dan berkenal-kenalan.


Bagi Pika, minat mengedit yang dikongsikan dengan suaminya, Paan, merupakan penyebab utama mereka berdua rapat. Selepas tujuh tahun perkenalan, akhirnya mereka naik ke jinjang pelamin dan menjadi pasangan yang sah suami isteri pada bulan Mei tahun lepas.


“Masa awal tahun 2015, Pika tengok video raya Sterk dan rasa macam uishhh stylenya video tu. Pika follow Paan (Farhan) dan dari situlah dia follow balik.


“Kitorang contact each other. Pika minat editing sebenarnya. Paan ada puji video Pika. Dari situlah, kitorang dapat tahu kita ada minat yang sama. Jadi, kitorang pun jadi kawan. Tak tahu pun dia (gelak) suka Pika. Kitorang kenal sebagai kawan je, pastu reply apa-apa yang berkaitan dengan editing,” Pika bercerita di bilik solek.



Amalkan motto ‘follow the flow’. Gambar: Instagram, Syafiqah Zambry



Menurut Pika, mereka secara rasmi bercinta pada tahun 2017/18, selepas Paan memberi petunjuk kepada Pika yang dia ada berminat.


“Kitorang takde macam ‘I suka you, you suka I’. Tapi, ada sekali tu masa kitorang call, tiba-tiba dia cakap I love you, so dari situlah bermulanya kisah percintaan kami.


“Kitorang just follow the flow. Tengah degree tu dia tanya bila nak ‘official’ betul-betul eh? Haa jadi Pika cakap tunggu Pika habis belajar. Jadi lepas habis belajar (2019), kitorang tunang dan kahwin pada tahun 2021,” kata Pika.


Tambah Pika, follow the flow merupakan motto mereka berdua dan itulah apa mereka buat daripada awal berkenalan sehingga ke hari ini.


Nikah di Masjid Shah Alam. Gambar: Instagram, Syafiqah Zambry


Hari bahagia mereka telah diraikan selepas menghadapi pelbagai cabaran iaitu beberapa hari sebelum nikah! Mereka yang sepatutnya nikah pada 23 Mei, terpaksa diawalkan ke 20 Mei disebabkan SOP COVID-19.


“Banyak betul cabaran dia, tiba-tiba sabtu ahad tak boleh nikah lah, kat rumah pun takleh. Okaylah, kitorang buat kat masjid. Lagi dua hari kot… tiba-tiba kena nikah kat pejabat.


“Lagi beberapa hari nak nikah, kitorang baru dapat pertukaran tempat untuk nikah sehari sebelum tu. 18 hari bulan tu kitorang serabut dah. Jumpa tok kadi kat Gombak untuk tukar yang dekat Shah Alam punya. 19 hari bulan settlekan pertukaran apa semua, jadi 20 hari bulan kitorang kahwin.


“Hari yang kitorang nikah tu, ikutkan nak nikah pukul 3-4 petang tapi pagi tu ada orang positif pulak kat pejabat agama tu, jadi tok kadi minta tukar tempat dan kena datang awal dalam pukul 11-12 tengah hari.


"Fuhh time tu rasa macam tau tak kitorang punya nikah ni bukan nerves nak nikah, tapi nerves benda-benda tu (gelak). Itulah kisahnya, keserabutan nak nikah. Pika nangis tu tak rasa sebak nikah, tapi sebak keserabutan,” kongsi Pika.



"Perasaan masa nikah tu rasa sangat happy dan speechless" - Pika. Gambar: Instagram, Syafiqah Zambry


Menurut Pika, susah sebenarnya untuk jelaskan dalam perkataan bagaimana Pika tahu Paan adalah untuknya.


“Kita dapat rasa vibe, vibe dia tu macam kena dengan kita. Apa-apa kita mesti nak cari dia. Kita kan ada banyak kawan tapi kita masih cari dia, hati ni pergi kat dia juga. Haa gitu!


"Jadi nak tau he’s the one tu dia macam isyarat hati tu memang pergi ke sana (gelak). Vibe dan minat sama,” Pika kongsi.


Pasangan manis ini telah menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka di Mangala Resort & Spa, Pahang.


Plannya sepatutnya pergi ke Sabah tapi masa tu Pika tak sihat. Untuk menenangkan jiwa dan raga, kami pilih resort. Mostly kitorang banyak luahkan perasaan masing-masing. Sebab masa tu kan dah masuk setahun jadi macam post-mortemlah (gelak).


“Apa yang jadi dalam setahun ni, apa yang okay dan tak okay, tapi benda tu seronok lah. Communication ni memang orang kata is the key lah, sebab lepas kitorang ada sesi luah tu, dah jadi betterlah, takde macam salah faham ke apa sebab kalau tak communicate, ada lah salah faham kan. Jadi, communication is the key!” jelas Pika.


Untuk melihat video majlis perkahwinan Paan dan Pika yang penuh, boleh tengok di YouTube mereka.



Ikuti Syafiqah Zambry di media sosialnya:





568 views0 comments

Updated: Aug 3, 2022


R.A.Y.A menggambarkan perasaan teruja balik ke kampung. Gambar: Instagram, Nana Sheme


Lagu R.A.Y.A yang dinyanyikan oleh Nana Sheme telah mendapat sambutan meriah dari para pendengar. Muzik video R.A.Y.A yang berdurasi 3 minit 03 saat itu telah meraih 765, 743

viewers di YouTube.


Pada awalnya, Nana berhasrat untuk menjual lagu R.A.Y.A kepada penyanyi lain, tetapi disebabkan beliau sudah jatuh cinta dengan lagu itu dan atas galakan para peminat ‘Nanashemers’, Nana buat keputusan untuk jadikan lagu R.A.Y.A sebagai lagu raya solo Nana sendiri.


Menurut Nana, inspirasi lagu R.A.Y.A sama ada dari segi penulisan, pembikinan lagu, muzik video, dan semuanya datang dari pengalaman Nana sendiri yang bekerja di perantauan.


“Nana jauh daripada keluarga, di mana Nana di Kuala Lumpur (KL), keluarga pun ada dekat Sarawak. Jadi R.A.Y.A is a celebration yang Nana paling tak sabar sebab akhirnya akan dapat bersatu kembali dengan keluarga sendiri.


“Tambah pulak dengan rakyat Malaysia sekarang dah dua tahun tak celebrate raya dan saya rasa macam ramai orang boleh relate, tambah lagi kalau orang tu situasi dia sama macam Nana, yang jauh daripada keluarga dan yang nak berkumpul balik dengan keluarga masa raya.


“Jadi, lagu R.A.Y.A ni is about balik kampung, akhirnya dapat jumpa dengan keluarga untuk menyambut hari raya,” kongsi Nana.


Dengarkan R.A.Y.A di Spotify danYouTube sekarang. Gambar: Instagram, Nana Sheme


Nana juga berkongsi bahawa muzik video R.A.Y.A telah dirakam di Sarawak, iaitu di kampung halaman Nana sendiri.


“Alhamdulillah, sebenarnya tiap tahun Nana balik raya, even during PKP. Untuk masuk ke dalam Sarawak tu boleh balik tapi ada syarat kemasukan which is kena jalani kuarantin selama 14 hari di hotel.


“Ya, saya melalui semua itu sebab that’s how much raya bermakna bagi Nana. Tapi masih ada pengawalan ketat, kita kuarantin 14 hari, ambil swab test beberapa kali dekat hotel tu. Balik raya tapi tanpa membahayakan keselamatan keluarga Nana.


“Jadi, setiap tahun Nana akan usaha dan make it a point untuk balik sambut Raya sebab ia sangat bermakna bagi Nana,” kongsi Nana.



Ikuti Nana Sheme di media sosialnya:




24 views0 comments

Updated: Jun 10, 2022


Memulakan langkah dalam kerjaya seni sebagai model dan pelakon iklan komersial, peluang Asha Merican, 25, untuk bertapak lebih jauh dalam industri hiburan semakin terbuka luas selepas menyertai program terbitan Astro, On Air kira-kira empat tahun lalu.


Menerusi program tersebut, bakat Asha dihidu penerbit terkenal, Fadzil Teh yang memberikan peluang kepadanya memegang watak pelakon pembantu menerusi drama Rindu Yang Terlarang.


Sebagai muka baru ketika itu, Asha mengakui mulanya agak kurang keyakinan diri untuk terus menceburkan diri dalam bidang lakonan, namun mendapat kekuatan hasil dorongan Fadzil, atau mesra dipanggil Hj Zeel yang berterusan memberikan dorongan kepadanya.


“Selepas drama Rindu Yang Terlarang, Hj Zeel memberikan tawaran pula kepada saya untuk berlakon dalam telefilem Pemuja Rahsia , drama Juliet, dan Tak Sempurna Mencintaimu. Alhamdulillah sedikit sebanyak saya mula dikenali dari situ.”, kata Asha yang turut mendapat perhatian dari pengarah terkenal Michael Ang yang menawarkannya watak dalam drama Marry Me Senorita dan The Hotel.



Karier Asha Merican semakin mekar dalam bidang lakonan

“Tetapi pada awalnya, bayangkan, sewaktu saya berlakon drama Juliet, saya bergandingan dengan Haliza Misbun. Waktu itu saya rasa terlalu kerdil jika dibandingkan dengan beliau. Saya sampai menangis kerana merasa sangat tertekan bila dikelilingi pelakon yang hebat-hebat. Sampai pernah saya terfikir untuk berhenti berlakon”, kongsi Asha.


“Alhamdulillah Kak Haliza juga beri dorongan dan semangat kepada saya. Saya juga turut menghadiri kelas lakonan bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu lakonan saya”, tambah Asha yang kini telah mula mendapat tawaran sebagai pelakon utama dalam beberapa buah telemovie dan drama yang diharap bakal menjadi anjakan besar dalam kariernya.


Baru-baru ini, Asha turut memuat naik satu video di aplikasi laman sosial tiktok yang menunjukkan transformasi fizikal beliau yang kelihatan agak berisi suatu ketika dahulu.


Asha sering diejek "Gemuk" suatu ketika dahulu.

“Zaman sekolah dahulu saya agak berisi, berat saya dalam 68kg. Saya berazam nak jadi kurus selepas selalu diusik dan diejek gemuk oleh kakak saya sendiri. Jadi kakak sayalah yang memberikan inspirasi kepada saya”.


“Selain itu, saya juga jadi bahan gurauan kawan-kawan di sekolah mengenai bentuk fizikal saya. Semua ejekan dan dorongan itu menjadi pembakar semangat untuk saya berubah. Abang ipar saya merupakan seorang “fitness trainer”, jadi saya banyak mendapatkan nasihat beliau dari segi senaman dan pemakanan. Alhamdulillah selepas itu dapat turun lebih 20kg”, ujar Asha sambil ketawa.


Mengenai tabiat sesetengah golongan dalam masyarakat yang gemar mempersenda fizikal atau body shaming orang lain, Asha merasakan perkara itu patut dielakkan.


“Tak payahlah “carut” orang, tak semua orang sempurna. Takutlah kalau-kalau mereka terasa, nanti sampai takut nak makan dan mengganggu kesihatan mereka. Nasihatilah mereka dengan cara elok, ajak bersenam ke… Insha-Allah akan bertambah sihat”.


“Paling penting kalau nak kurus, kita kena disiplin, elakkan “fast food”, elakkan makanan dan minuman manis, ambil pemakanan seimbang. Kalau cara betul, dalam masa seminggu pun kita dah boleh nampak hasilnya”, kata Asha.


Asha berharap dapat terus berlakon hingga ke Hollywood

Walaupun kini memiliki pakej lengkap sebagai seorang pendatang baru dalam industri hiburan, Asha mengakui dirinya belum begitu dikenali.


“Ya benar, saya masih belum dikenali. Tapi saya percaya kepada rezeki, mungkin Allah dah susun yang terbaik untuk saya. Harapnya dengan peranan sebagai pelakon utama dalam drama dan telemovie selepas ini, ia akan menjadi “Big Break” untuk saya”.


“Mungkin saya juga patut lebih aktif di media sosial. Selain itu, saya juga sebolehnya tidak mahu dikenali menerusi apa-apa kontroversi. Lebih selesa begini”, jawab Asha.


Asha turut berharap dirinya akan terus diberi peluang untuk mempertaruhkan bakatnya dalam bidang lakonan.


“Saya mahu terus berlakon, kalau boleh sampai ke luar negara. Kalau dapat tawaran berlakon di Hollywood, dapat jadi pokok pun bolehlah”, gurau Asha mengakhiri perbualan.


Ikuti Asha Merican di laman sosialnya.



280 views0 comments
bottom of page