top of page

"Biasanya kalau kena kecam pun, saya okay sahaja. Tapi ketika itu, I was on my period, so mentally emotional jugaklah.. Kalau memang saya salah, tak apa, tapi when it comes about cyber bullying regarding my physical appearance, saya sedihlah", jawapan pelakon Fatin Afeefa, ketika ditanyakan mengenai kejadian di mana beliau bersedih sehingga menangis ketika sedang membuat live di aplikasi media sosial popular, Tiktok.


Kisah para selebriti menjadi mangsa buli cyber bukanlah perkara baharu. Fatin Afeefa bukanlah mangsa pertama dan pastinya juga bukan mangsa terakhir. Adalah suatu perkara yang amat menyedihkan tatkala kita berada dalam zaman arus teknologi, timbul pula satu penyakit moden dimana sesetengah golongan masyarakat seolah-olah sudah hilang sensitiviti dan kepekaan terhadap perasaan orang lain.


"Selalunya, orang yang suka membuli di media sosial ni, mereka bukanlah orang yang happy with their life. Kalau you happy with your life, why would you go around, buat orang sedih, cakap buruk-buruk pasal orang just to make yourself superior. Obviously something is wrong with them", tambah Fatin panjang lebar.


Tonton video penuh komen Fatin Afeefa mengenai isu buli cyber eksklusif di saluran Youtube Xetopia:






16 views0 comments

Kesibukan jadual harian sebagai anak seni tidak menghalang pelakon, Raysha Rizrose, 26, untuk mengimbangi komitmen kerja dan kehidupan peribadi. Selain menerima tawaran berlakon yang tidak pernah putus, adik kepada Uqasha dan Nelydia Senrose ini tidak terlepas daripada usikan dan pertanyaan mengenai kisah cinta dan perkahwinan.


“Nak kata rimas, tidaklah, cuma saya pun dah tak tahu nak jawab apa. Pergi mana-mana pun orang akan tanya saya soalan bila nak kahwin, terutamanya selepas Uqasha selamat bergelar isteri sebelum ini”, ujarnya merujuk kepada perkahwinan kakaknya dengan pelakon Kamal Adli November lalu.


“Apa yang boleh saya katakan, Inshallah suatu hari nanti bila tiba masanya. Kakak-kakak saya pun buat masa sekarang memperlahankan sedikit aktiviti mereka dalam bidang seni kerana fokus kepada kehidupan sebagai isteri. Bagi saya, masih terlalu banyak cita-cita yang ingin saya capai sebelum settle down”, tambah Raysha yang sudah hampir 10 tahun menjalin hubungan dengan cinta dengan pelumba kereta dan ahli perniagaan, Nabil Jeffri.



Memulakan kerjaya lakonan lebih 10 tahun lalu, nama Raysha melonjak selepas bergelar juara program realiti popular Dewi Remaja 2014/15. Disebalik kepelbagaian watak yang pernah dijayakan dalam filem dan drama sebelum ini, Raysha masih menyimpan beberapa impian besar untuk dicapai dalam kerjayanya.


“Saya mahu terus memperbaiki kualiti lakonan saya. Salah satu impian saya, nak berlakon dalam filem aksi. Selain itu, teringin juga nak bekerja dan belajar dengan produksi luar, berlakon dalam drama atau filem Indonesia contohnya”, kata Raysha yang mengimpikan untuk berganding dengan pelakon tersohor dari Indonesia, Reza Rahadian.


“Tak salah berangan kan? Saya nak sangat tengok cara bagaimana pelakon sehebat Reza bekerja dan membawa diri dalam set. Ia satu cita-cita yang besar namun pastinya tidak mustahil kalau saya terus bekerja keras”, tambahnya lagi.


Seperkara yang ramai tidak tahu mengenai Raysha, anak keempat dari tujuh beradik ini mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Mula mengikuti kelas vokal sejak usia remaja, Raysha cukup teliti dan berhati-hati dalam memilih naskah yang sesuai untuk memulakan langkah serius dalam bidang seni suara.



“Saya masih mencari komposer yang sesuai untuk single pertama saya. Saya mahukan lagu yang betul-betul bagus dan sesuai untuk saya bawakan. Mungkin sebab itulah sampai sekarang belum jumpa lagi. Kalau ada nanti, saya harap ia akan menjadi lagu yang diingati. Saya tak mahu ambil produk tangkap muat semata-mata kerana ingin bergelar penyanyi” ujar Raysha panjang lebar.


Ditanya mengenai inspirasi dalam bidang nyanyian, Raysha menjadikan Aina Abdul dan Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai idolanya. Selain itu, gadis tinggi lampai ini mengimpikan untuk menyanyikan lagu ciptaan Melly Goeslaw.

“Namun sejujurnya, kerana komitmen saya sebagai pelakon, saya tidaklah meletakkan jangkaan atau cita-cita yang terlalu besar dalam bidang nyanyian. Cuma, ini merupakan salah satu minat saya dan pastinya saya mahu mencuba. Inshaallah, saya mahu cuba yang terbaik dan mengharapkan sokongan dari para peminat”, kata Raysha mengakhiri perbualan.


Ikuti Raysha di laman Instagram beliau

37 views0 comments

“Terima kasih tak terhingga kepada Watsons sepanjang 4 tahun kita bekerjasama, harapnya mereka nak sambung saya jadi duta untuk 10 tahun lagi!!” kata Ayda Jebat sambil ketawa ceria ketika menghadiri acara Watsons Health, Wellness & Beauty Awards bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Pada acara tersebut, Watsons telah menyampaikan anugerah dan memberikan penghargaan kepada rakan kerjasama mereka. Ayda turut membuat persembahan dengan menyampaikan dua lagu popular, Pencuri Hati dan Temberang.



Ditanya mengenai bagaimana komitmen sebagai duta Watsons membantu kariernya sebagai selebriti, Ayda menjawab “Banyak kebaikan yang berjaya saya peroleh sebagai duta Watsons. Salah satunya, billboard wajah saya dengan jenama Watsons banyak terpampang dimana-mana. Saya tidak menganggap saya sekadar bekerja bersama Watsons, sebaliknya membesar bersama Watsons. Dari dahulu saya memang pelanggan tetap Watsons, bila dah jadi duta, terus rasa macam keluarga. I’m really in love with Watsons, harapnya satu hari nanti, walaupun saya sudah tidak lagi menjadi duta Watsons pun, hubungan baik antara kami akan kekal selamanya.”


Sepanjang 4 tahun bersama Watsons, ternyata banyak pengalaman menarik yang dilalui bersama. Namun paling mengujakan ialah pengalaman menunggang kuda ketika penggambaran untuk edisi raya.



“Ketika itu tidak silap saya, ialah tahun pertama saya bersama Watson. Saya diminta untuk menunggang kuda, di bawah cuaca panas terik. Saya teramat takut sebenarnya (ketawa). Lepas itu, saya juga berpeluang untuk menaiki private plane. Rasa macam terkejut dan tak percaya. Paling best, video tu pun meletup!”.


“Kepada Watsons, saya sangat menghargai dan bersyukur atas kerjasama selama ini. Kepada semua pengguna Watsons, teruskan menjadi pengguna dan jangan lupa daftarkan diri anda sebagai elite member!”, ujar Ayda penuh bersemangat.


Ikuti Ayda Jebat di laman sosial beliau:


83 views0 comments
bottom of page