top of page

Ketika para pelajar kembali memulakan sesi persekolahan selepas berehat seminggu sempena cuti penggal persekolahan sebelum ini, penyanyi cilik, Alyssa Dezek memanfaatkan waktu cuti sekolah dengan memenuhi jadual kerjaya seni.


“Saya baru habis exam, mula-mula fikir nak rehat ketika cuti sekolah, tapi jadual shooting padat pula. Saya tidak kisah, okay sahaja. Ada juga hari yang saya boleh lepak dan berehat. Best!” ujar Alyssa yang baharu sahaja menamatkan penggambaran sebuah drama bersiri di saluran digital terbitan Astro yang memakan masa lebih sebulan.


Pastinya tidak mudah membahagikan masa antara jadual persekolahan yang padat dan komitmen karier seni, namun Alyssa, yang menginjak usia 14 tahun April lalu, mengakui sudah terbiasa dengan keadaan tersebut.


“Saya tidak kisah walaupun terpaksa bekerja. Sebelum ini pun, ketika musim cuti sekolah, saya juga pernah keluar bercuti bersama keluarga. Jadi perkara ini sudah menjadi kebiasaan sejak saya mula aktif dalam kerjaya seni lebih kurang 7 tahun lalu.”


“Tambahan pula, rakan-rakan dan guru-guru di sekolah sentiasa membantu dan akan update jika saya tertinggal apa-apa”, tambah Alyssa yang semakin matang berkata-kata.


Sentiasa ditemani ibunya, Suzanne Sahri ketika membuat persembahan atau menjalani penggambaran, Alyssa sebelum ini pernah merancang untuk membuat lawatan ke Indonesia sambil bertemu peminat disana, namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda.


Kini, setelah keadaan kembali reda dan hampir pulih seperti sediakala, Alyssa yang mencipta fenomena selepas “Lagu Untuk Kamu” nyanyiannya mencecah lebih 212 juta penonton di Youtube, merancang untuk merealisasikan rancangan yang tertangguh itu.


“Sebahagian dari penonton dan peminat “Lagu Untuk Kamu” adalah dari Indonesia. Malah lagu tersebut turut mempunyai peminat hingga ke Thailand dan India.”


“Sewaktu lagu itu meletup, ramai minta Alyssa ke Indonesia untuk bertemu peminat disana. Insha Allah, jika semuanya menjadi seperti dirancang, Alyssa akan kesana sekitar bulan Oktober nanti, cuma belum pasti tarikhnya.”


“Apa yang paling mengujakan, Alyssa ada membuat “give away” bersama jenama Vida C untuk peminat disana. Ada yang telah pun memenangi hadiah seperti Airpods dan iPhone. Jadi, kalau hasrat Alyssa untuk kesana menjadi kenyataan, Alyssa akan pergi sendiri ke rumah-rumah mereka bagi menyampaikan hadiah-hadiah tersebut”, tambah Alyssa.



Menjadi impian setiap penyanyi untuk memperdagangkan bakat mereka hingga ke luar negara, dan Alyssa juga tidak terkecuali. Sekiranya ada ruang dan undangan, Alyssa bersedia untuk mengembangkan karier kesana.


“Kalau ada yang sudi memberi ruang, apa salahnya. Saya yakin peminat disana juga ingin menyaksikan Alyssa menyanyi disana. Insya Allah jika ada kesempatan, saya ada cita-cita untuk mengembangkan karier di Indonesia”.


“Untuk lagu terbaharu saya, Faham Tak, saya sedang merangka jadual untuk penggambaran video muzik lagu tersebut. Sementara itu, saya harap semua peminat di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, sehinggalah ke Thailand dan India boleh terus menyokong saya dan layarilah saluran Youtube Alyssa Dezek untuk menonton cover song terbaharu yang saya hasilkan”, kata Alyssa penuh ceria.


Ikuti Alyssa di laman sosial beliau:

266 views0 comments
  • nurarisa

Updated: Sep 19, 2022



Meet Fiera Fendi, the Malaysian eSports Games sweetheart, who has won the hearts of many by thriving in the world of hosting.


25-year-old Fiera Fendi is a gem of a person. She was born in the lively city of Johor Bahru but spent most of her childhood years in Kuala Lumpur. Fiera first appeared in short advertisements (ads) back in her early school days, dabbled in acting, and modeling for ads, and then took a serious interest in hosting, which was the start of her career.


"I started as a host and freelance talent when I was 21 years old, then established myself and became a full-time eSports Games host," said Fiera, already in her fourth year of hosting.


Angel Fiera, as what they called her in the gaming world, started her hosting journey in the Southeast Asia World Electronic Sports Game (WESG) in 2018, then went on to host in M1 Championship in 2019.


In an interview with Fiera, she talks about the reality of hosting and her greatest achievements.


HOSTING IS NOT AS EASY AS ABC

Easygoing and known for her sweet personality, Fiera is committed to her passion. However, with passion comes great struggles. When asked about the reality of hosting, she admitted that being a host isn’t as easy as it seems.


“I wouldn’t say hosting is easy. But it all depends whether you're in front of the camera or on stage, facing a large audience because if you’re on stage, you’ll likely experience stage fright. The audience and surroundings matter too because it can determine how nervous we can get,” said Fiera, who prefers to be in front of the camera rather than on stage, as it gives her jittery.


She had to be on stage for the most of her host job, but this didn't shy her away from taking more hosting opportunities. Eventually, Fiera grew to become a confident and sporting host, thanks to her mother’s utmost support.


“Each career has its struggles but what I can say about hosting is that you need to learn how to adapt and act accordingly to the surroundings. Spontaneity is the key,” shares Fiera.


KNOWN FOR HOSTING IN MOBILE LEGENDS CHAMPIONSHIP

Fiera, the Mobile Legends host, talked candidly about her best moment while hosting an eSports event. She stated in the interview that the first Mobile Legends World Championship (2019), popularly known as M1, was the largest event she has ever hosted in the eSports Games industry.


Prior to M1, she worked as a host for the Mobile Legends Professional League (MPL) and she openly acknowledged that it was a wonderful opportunity for her to do so on a huge platform.


The M World Championship, Southeast Asia Cup, and LIGA LATAM were the three main championship that fell under MPL. As part of the World Championship's final event, Fiera and Nik Harris (The Hound) hosted the M1.


“Malaysia hosted M1, which took place at Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Being able to host M1 was an honor. The Mobile Legends Southeast Asia Cup was the next event I hosted. I learned a lot from it, and it was a memorable and enjoyable experience for," Fiera chuckled.



Follow Fiera Fendi on her social media:



137 views0 comments

Setelah berehat agak lama dari muncul dengan lagu-lagu baharu ekoran kekangan pandemik selain komitmen sebagai isteri dan ibu, Ayda Jebat muncul dengan single “Tak Bisa Lepas”, sebuah lagu yang diilhamkan dari bibit awal pertemuan dan percintaan Ayda dan suaminya, Nabil Mahir. Selain menyanyi, Ayda turut berperanan sebagai komposer dan penulis lirik bersama komposer dari Indonesia, Irwan Simanjuntak.


Lagu berentak Pop Jazz ini telah dirakam 3 tahun lalu dan video muzik lagu ini merupakan kisah benar Ayda & Nabil yang mula diperkenalkan oleh rakan masing-masing. Paling menarik, dalam video muzik ini, Nabil pertama kalinya menunjukkan cincin yang pernah dibeli untuk bekas teman wanita yang tidak sempat dilamar.




Penggambaran video muzik yang diterbitkan XENO Entertainment dengan kolaborasi bersama Nescafe diarahkan sendiri oleh Nabil sambil dibantu Ayda dan Hafreez Amminuddin sebagai pengarah kreatif. Penggambaran telah dijalankan di sekitar Pulau Langkawi dan Taman Rimba Eco Kanching. Jadual asal penggambaran yang sepatutnya tamat di Pulau Langkawi terpaksa ditangguhkan ke Taman Rimba Eco Kanching kerana Nabil diserang virus Covid-19 ketika penggambaran sedang berlangsung.


Saksikan video muzik "Tak Bisa Lepas" di saluran Youtube Ayda Jebat:



24 views0 comments
bottom of page