top of page

Menjalani kehidupan baru sebagai isteri tidak menghalang hasrat penyanyi Nana Sheme, 27, untuk terus melangkah maju dalam perkembangan kariernya .


Nana yang selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya, Zikri Zakaria di Kuching, Sarawak pada 22 Oktober lalu, mensasarkan untuk lebih aktif dalam bidang muzik menjelang tahun hadapan.


“Nana berasa sangat bersyukur dan teruja dengan izinNya kini Nana dapat menjalani fasa kehidupan baru bersama lelaki pilihan hati Nana, my soulmate, my best friend, dialah tempat Nana mengadu semuanya. Alhamdulillah, kini kami sudah menjadi suami isteri yang sah disisi agama. We are just excited to explore the world together”, ujar Nana yang kini sedang menikmati percutian bulan madu di Pulau Bali bersama suami.



Bergelar isteri kepada seorang produser muzik, Nana mengakui ia memudahkan mereka berdua untuk lebih memahami kerjaya masing-masing. Malah, Nana turut membayangkan mereka berdua akan lebih bekerjasama bagi menghasilkan karya-karya terbaik buat peminat.


“Untuk tahun 2023, Nana mahu lebih aktif bukan sahaja dari segi pengeluaran lagu, malah penghasilan lagu juga. Dari segi kemunculan Nana dalam mana-mana show atau jemputan, Nana sentiasa mengharapkan yang terbaik. Nana sangat menghargai sokongan peminat selama ini dan sudah tiba masanya Nana menghadiahkan buah tangan terbaharu buat mereka selepas sekian lama”, kata Nana.


Ditanya mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata dan membina keluarga, Nana tidak menolak jika ada rezeki.



“Di peringkat awal perkahwinan ini, kami ingin mempersiapkan diri terlebih dahulu dari segala segi, terutamanya aspek rohani, mental, kewangan dan sebagainya. Jadi, bila tiba waktu kami dikurniakan cahaya mata nanti, kami mampu untuk melakukan yang terbaik. Tapi walau apapun, takdir di tangan tuhan dan kami akan terima apa sahaja dengan hati terbuka.”


“Kami mengharapkan doa anda semua supaya sentiasa mendoakan yang terbaik supaya kami berdua dilimpahi rahmat Allah sentiasa”, tambah Nana lagi.


45 views0 comments


Penyanyi yang terkenal menerusi debut tunggal sulungnya iaitu Senyum, As’ad Ahmad Muhammad Motawh atau lebih dikenali sebagai As’ad Motawh, 21 mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.


Beliau membuka syarikat produksi miliknya, Motawh Production pada Januari lepas dan kini sudah bertapak dalam industri selama 9 bulan.


Usia muda tidak menjadi penghalang bagi As’ad menyahut cabaran untuk membuka syarikat produksinya sendiri. “Saya cuba sehabis baik untuk mencuba pelbagai perkara baharu, still young kan! Nanti kalau dah berumur, menyesal pula!” ujar As’ad ketika ditanya mengenai keazamannya yang tinggi untuk menubuhkan syarikat.


Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang telah diterima selama empat tahun bergiat aktif dalam industri hiburan, As’ad mengambil keputusan untuk menempa nama dalam bidang produksi hiburan.


“Sejujurnya, kadang kala saya tidak tahu sebab utama saya membuat sesuatu perkara, tapi yang pastinya saya suka challenge myself and I have always been a fan of cinematography and all of the things related to film!” jawab As’ad apabila ditanya bagaimana timbulnya minat untuk menubuhkan syarikat produksi miliknya sendiri.





Sebagai seorang pencinta filem, produk utama Motawh Production merangkumi videografi dan fotografi. “Here at Motawh Production, we like to solve client’s problem, sebarang masalah dihadapi oleh client, kami sebagai production team bersiap sedia memikirkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah mereka melalui servis kami.


“We don’t just do commercial and music videos, we even do events and everything that is related to the industry which also includes cameras and editing,” ujar As’ad.


As’ad akui untuk bekerja dalam Motawh Production bukanlah sesuatu yang mudah kerana beliau seorang yang teliti dan mementingkan hasil kualiti kerja. Ianya penting bagi As’ad untuk mencari ‘anak buah’ yang memenuhi kriteria yang dimahukan.


I am a very selective person. Buat masa sekarang, there are 6 of us here in a team. Macam sebelum ini, saya akan interview terlebih dahulu videographer yang ingin bekerja di sini, seramai 13 orang tetapi saya hanya ambil seorang sahaja yang saya merasakan paling menepati kriteria yang saya inginkan. I believe that we do not need a big team to go far but we need a strong team instead,” tambah As’ad.





Sepanjang 9 bulan syarikat produksi beliau beroperasi, banyak projek dan kolaborasi bersama jenama besar telah terhasil. “Kami pernah bekerja dengan Maxis, Hotlink, Realme, buat music video untuk Alyssa Dezek dan kami juga pernah bekerjasama dengan Kenanga. Alhamdulilah, saya rasa we are off to a good start, more than what I hoped for!


"Saya juga berharap saya dapat bekerjasama bersama Netflix, itu adalah impian saya untuk Motawh Production walaupun we are still far away from that goals, but we will do our best to make it happen,” ujar As’ad teruja.


As’ad menyatakan hasratnya supaya Motawh Production lebih terus berkembang di masa hadapan. “I have no limitations and I would like to go as far I could!” ujar As’ad mengakhiri perbualan.



Ikuti As’ad Motawh dan Motawh Production di media sosialnya:








56 views0 comments


‘Tuntutlah ilmu hingga ke menara gading’ peribahasa tersebut sinonim dengan pelakon popular, Intan Najuwa, 25. Kariernya sebagai pelakon dan model yang sentiasa sibuk tidak menghalang beliau untuk melanjutkan pelajaran dan kini berada dalam tahun pertama pengajian dalam jurusan Undang-Undang di Kolej Bac, Singapura.


“Saya rasa akademik itu sangat sangat penting, kerja kita kerja juga tapi education saya letak sebagai priority. Bagi saya, selagi ada peluang untuk saya menimba ilmu, saya akan teruskan.

Tak kisah kaya macam mana pun, ilmu itu penting. Kita kena ada balance antara kerjaya dan pelajaran,” respon Intan apabila ditemubual wakil Xetopia.


Meminati subjek Sejarah dari bangku persekolahan menimbulkan minat bagi Intan untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perundangan di peringkat yang lebih tinggi.


“Saya memang minat Law dari zaman sekolah lagi sebenarnya, lagipun Law perlu banyak membaca dan menghafal which is sama dengan karier saya yang sentiasa perlu menghafal skrip untuk drama.




“Sebenarnya saya pernah melanjutkan pendidikan di tingkatan enam terutamanya bagi subjek Sejarah kerana saya merancang untuk menyambung pelajaran dalam jurusan perundangan apabila sudah habis STPM.


“Tetapi, saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada tingkatan enam dan menyambung pelajaran dalam Foundation in Law dan terus sambung kepada LLB iaitu Bachelor of Law,” terang Intan dengan panjang lebar mengenai perjalanannya demi mengejar impian untuk menyambung pelajaran dalam jurusan perundangan.


Intan akui iainya sukar untuk membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran. “Memang susah bagi saya untuk bahagikan masa sebenarnya. Kalau saya ada shooting untuk drama, memang masa tu kurang fleksibel. Contoh kalau ada scene back-to-back kena shooting, saya tiada masa untuk baca buku dan ulangkaji. Jadi, apa yang saya buat adalah semua nota dan bahan ulangkaji saya akan simpan dalam iPad dan my phone. Jadi, bila ada masa terluang dekat shooting set, saya akan baca dan dengar all the recorded lectures.




“Selain itu, saya selalu self-study sebab saya rasa ianya lebih membantu saya untuk betul-betul memahami. That is how I balance between works and studies, kalau ada gap masa, I curi masa itu untuk study,” ujar Intan apabila ditanya cara beliau membahagikan masanya.


Menerusi satu video yang di muat naik di akaun Tiktoknya, Intan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan iaitu gred ‘A’ bagi subjek ‘Undang-Undang Kontrak’ dan ‘Undang-Undang Jenayah’.


“Sebenarnya semasa waktu exam tu, saya berada di London. Saya memang tak expect pun dapat 'A'. I do not put any high expectations actually. But what I did is, I did my very best and I am thankful nevertheless,” ujar Intan teruja.


Education tu penting, saya memang berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Master of Laws. Kalau mampu apa salahnya kan?” respon Intan ketika ditanya jika beliau ada rancangan untuk meneruskan pengajian selepas tamat sarjananya sekaligus mengakhiri perbualan.



Ikuti Intan Najuwa di media sosialnya:


280 views0 comments
bottom of page