top of page

“Hollwood!! When are you guys going to call me?” gurau pengacara dan pelakon, Sazlini Shamsul Falak atau lebih dikenali dengan nama Sazzy Falak ketika ditanya mengenai cita-cita yang masih belum tercapai sebagai seorang anak seni.


Memulakan karier seni sebagai pengacara televisyen sejak lebih 20 tahun lalu, nama Sazzy meletup sebagai pelakon menerusi watak Shasha yang dibawakan dalam filem popular Gol & Gincu pada tahun 2005. Mengakui 2022 sebagai tahun beliau kembali aktif dalam bidang lakonan, Sazzy baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri untuk siaran Astro.


“Selepas ini, saya akan terbabit pula dengan penggambaran teledrama dan kemudiannya berdrama bersiri 20 episod untuk TV3”.


“Saya memang ingin untuk mencabar diri untuk melihat sejauh mana bakat saya dalam bidang lakonan, mencuba pelbagai karakter. Saya teringin nak berlakon dalam filem aksi, sebab I’m quite physical, suka exercise, so I think I can look pretty badass dalam action film”, terang Sazzy ketika ditanya mengenai peranan yang diidamkan dalam lakonan.



Lambakan dan saingan muka baharu yang menghiasi industri tidak melemahkan semangat Sazzy. Malah menurutnya, ia membuka persaingan yang lebih sihat, termasuk kecenderungan penerbit tertentu zaman kini yang memilih pelakon berdasarkan penerimaan dan bilangan pengikut di laman sosial.


“Entertainment industry is forever changing. So it’s up to us to understand. Rather than fighting the system or fight the growth of technology, kita perlu memahaminya.


Masa zaman awal the rise of social media, saya tahu ia akan menjadi sesuatu yang boom, oleh itu saya join Paranormal / XENO, sebab saya tahu talent management company boleh membina social media presence yang bagus untuk talent di bawah pengurusan mereka. Oleh itu, tersangat penting untuk semua artis atau selebriti faham social media business ni supaya kita boleh grow together”.


“To everybody, just do your best in everything you do. Jangan asyik kerja je, tapi enjoy as well. Enjoy your life with families and friends. If anything this pandemic has taught us is, to slow things down and appreciate the things in front of you”, kata Sazzy lagi.

34 views0 comments

‘Bagai pinang dibelah dua’ perumpamaan tersebut sesuai menggambarkan pasangan selebriti Asha Merican, 25 dan Harris Annuar, 29 yang sama cantik dan sepadan antara satu sama lain. Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menyulam cinta.


Bagi Asha, detik bahagia ketika hari pernikahan masih segar di dalam ingatannya, “Saya nervous sebenarnya sewaktu duduk atas pelamin sebab kita jadi tumpuan orang time tu. Tapi saya masih ingat walaupun tengah nervous, saya rasa gembira dan syukur waktu tu” ujar Asha menceritakan perasaannya sewaktu acara akad nikahnya berlangsung.


Asha yang kini sudah 6 bulan bergelar seorang isteri mengakui mempunyai teman hidup banyak memudahkan urusan hariannya. “Kalau nak cakap perbezaan tu tidak lah terlampau banyak tapi bila dah ada suami ni, banyak memudahkan urusan harian saya. Contoh macam kerja-kerja rumah, Harris banyak tolong saya. Kalau dulu saya kena basuh baju sendiri, sekarang dah ada orang tolong basuhkan baju saya. Haris pun tolong saya kemaskan rumah dan turut membantu saya memasak. Tak perlu la saya buat kerja rumah sorang sorang sekarang,” ujar Asha sambil tergelak kecil.


Sudah menjadi lumrah apabila memasuki alam perkahwinan, sudah tentu terdapat tanggungjawab yang perlu digalas. Asha akui kehidupan sebagai seorang isteri dan semasa bujang adalah berbeza, menjadi seorang isteri pastinya memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang perlu dipikul. “Dulu time masih bujang, kita boleh keluar tanpa ada had waktu. Tapi bila dah ada keluarga sekarang, saya ada tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kalau nak keluar pun, saya akan pastikan saya hadkan masa supaya saya akan balik awal sebab saya kena pastikan makan minum suami saya terjaga dan buat kerja-kerja rumah,” kata Asha.


Namun, menjadi seorang isteri tidak menghalang Asha untuk terus berkarya sebagai seorang pelakon. Asha berpendapat ianya penting untuk mewujudkan sikap saling memahami dalam sesama pasangan. “Kami dah kenal lama dan Harris pun dah faham kerja saya macam mana dan saya pun dah faham kerja Harris macam mana. Jadinya, saya teruskan kerja macam biasa sahaja sebab Harris pun benarkan saya bekerja. So, it is important to find a man yang memahami and I am very grateful sebab Harris sangat memahami kerjaya saya” ujar Asha yang terkenal menerusi drama ‘Biarkan Ia Pergi’ di TV3.


Mencari pasangan hidup yang menepati ciri-ciri yang diidamkan pastinya tidak mudah. Namun, Asha bersyukur dipertemukan dengan Harris yang memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya. “Saya mencari lelaki yang boleh mendorong saya, dan selama saya berkenalan dengan Harris, memang dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dan baik. Senang cerita, Harris memang menepati ciri-ciri lelaki yang saya cari untuk dijadikan sebagai seorang suami,” respon Asha apabila ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idealnya.


“Lagi satu yang bagus mengenai Harris ni adalah sebab dia pandai berkomunikasi. Contohnya, kalau kami ada salah faham, Harris akan pastikan kami selesai kan masalah tersebut dengan baik. Harris akan ajak saya untuk berbincang dan cari penyelesaian kepada masalah tersebut. Kiranya, kami tidak akan bagi ‘silent treatment’ to each other bila ada masalah yang timbul,” tambah Asha.


“Kalau dah jumpa pasangan yang baik and betul betul boleh jaga kita, teruskan sahaja. Sebab bukan apa, nak cari partner yang betul-betul baik bukan senang kan, kalau dapat partner yang baik ni pun satu rezeki kan. Betul tak? “ nasihat Asha kepada gadis-gadis yang akan melangkah ke jinjang pelamin sekaligus mengakhiri perbualan.



Ikuti Asha Merican di media sosialnya:


44 views0 comments



Siapa sangka bermula dengan hanya memuat naik video di media sosial sebagai hobi, kini ianya telah menjadi satu karier bagi Aisyah Razip, atau lebih dikenali sebagai Cupcake Aisyah, 22. Beliau yang kini mempunyai 481 ribu pengikut di akaun Youtubenya sudah dikenali ramai terutama di kalangan Generasi Z.


Kesibukan Aisyah dalam menghasilkan video untuk akaun Youtubenya tidak menghalang beliau menjayakan dan menyertai apa-apa projek ditawarkan.


“Aisyah baru balik dari Taiwan sebenarnya untuk kempen Salam Taiwan. The campaign is mainly to attract more Muslims visiting Taiwan, to show Taiwan is a friendly-Muslim place which has a lot of halal restaurants, untuk promote yang Taiwan ada banyak tempat menarik and best!” ujar Aisyah apabila ditanya mengenai penglibatannya bagi kempen Salam Taiwan.


“Banyak sangat aktiviti yang saya buat di Taiwan! Saya pergi banyak tempat yang ada pemandangan yang cantik dan pergi shopping, try street market food there. Kami juga sempat pergi ke Music Festival. It was really fun! Tapi malangnya, disebabkan disana sedang mengalami musim monsun, memang selalu hujan sewaktu kami di sana. But, we still did a lot of fun things!” jawab Aisyah teruja.




Empat hari dan tiga malam berada di Taiwan berlalu sekelip mata bagi Aisyah. Jika diberikan kesempatan untuk beliau melawat Taiwan sekali lagi, pastinya beliau tidak akan melepaskan peluang itu.


“Bagi saya, empat hari dan tiga malam tidak cukup untuk saya betul-betul explore Taiwan. Even the shopping experience pun tak cukup satu hari sahaja untuk pergi semua kedai di sana. I would love to experience the Lantern Festival pula!” respon Aisyah ceria.


Aisyah yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi Taiwan kagum dengan adab dan etika rakyat di sana. “Everyone was really really nice there, budaya mereka juga menarik untuk dipelajari and their night market was really nice and banyak delicious food there!” jawab Aisyah menceritakan antara momen yang tidak dapat beliau lupakan ketika berada di sana.




Sebagai Youtuber yang komited menghasilkan pelbagai video, Aisyah akui iainya sukar untuk membahagikan masa untuk memuat naik konten setiap hari di Youtube semasa berada di Taiwan. “Bagi saya, it was a good and bad decision untuk I upload content everyday on my Youtube because everyday bila I dah habis with my schedule for Salam Taiwan, I akan sampai hotel around 12 midnight, then baru I start edit my video, and usually the editing akan siap by 4 a.m. I kena bangun by 8 a.m everyday. So, I akan ada 2-3 hours of sleep only everyday sewaktu I kat Taiwan. Tapi it’s okay, I sanggup korbankan tidur I asalkan my videos will be uploaded everyday,” respon Aisyah apabila ditanya cara beliau kekal konsisten memuat naik konten videonya setiap hari.


Aisyah juga menyatakan hasratnya untuk melancong ke negara lain dan melawat tempat-tempat yang menarik di serata dunia. “Saya tidak tahu lagi. Saya pun baru sahaja graduate, I’ll just go with the flow for now. But for now, I want to travel around the world if I can,” terang Aisyah mengenai rancangan masa hadapan beliau sekaligus mengakhiri perbualan.


Tonton vlog Aisyah sewaktu di Taiwan di Youtube ‘Cupcake Aisyah’


Ikuti Aisyah di media sosialnya:



110 views0 comments
bottom of page