top of page

Updated: Dec 30, 2022


Ellya Keesha dan Nelysa Kay berkongsi perjalanan mereka merealisasikan impian untuk membuat kemunculan sulung sebagai kumpulan duo bernama XONE (so-en-ee). Debut tunggal sulung mereka iaitu ‘Lantaklah’ yang menemui peminat muzik pada 23 Disember lepas telah mendapat sambutan hebat daripada ramai peminat muzik tanah air.


Setiap pemuzik pastinya mempunyai kisah mereka yang tersendiri untuk melakar nama di dalam industri muzik, dua gadis ini juga mempunyai kisah suka dan duka mereka yang tersendiri.


“Saya memang excited sangat untuk orang ramai dengar lagu kami sebab this project has been in work for 2 years!” ujar Ellya ketika ditanya mengenai perasaan beliau yang akan membuat kemunculan sulung sebagai kumpulan duo.


“Sebenarnya, beberapa hari lepas kami baru sahaja selesai penggambaraan video muzik dan the second that we wrap the final scene of the whole 2 days shoot, saya ada menangis. At the time, I would say it was a build up a lot of emotions sebab hanya kami yang tahu what it took untuk sampai ke tahap itu. Kami mengambil masa 2 tahun untuk merealisasikan projek ini menjadi kenyataan,”


“Kami sangat teruja dan gemuruh pada masa yang sama kerana akhirnya kami dapat berkongsi karya kami kepada orang ramai kerana projek ini sangat bermakna bagi kami. Tapi, we are excited to see where it might go dan kami teruja untuk melihat bagaimana orang ramai boleh menerima karya kami because the song is very personalised and authentic to us,” kongsi Nelysa.


Berbekalkan pengalaman yang telah diterima sepanjang bergiat aktif dalam bidang tarian, Ellya dan Nelysa merasakan iainya keputusan yang tepat untuk memilih genre ‘pop dance’ bagi projek pertama mereka.


“Saya dan Nelysa membesar bersama dan all we did was dance. Jadi, kami merasakan iainya penting untuk mempunyai elemen tarian dalam lagu kami. Sebab itulah koreografi kami agak mencabar because we really wanted the music to be a song for dance,” kongsi Ellya ketika ditanya mengapa mereka memilih genre tersebut.


“Macam saya dan Ellya, kami pertama kali berjumpa ketika kami berumur 7 tahun dan sekarang kami sudah 19 tahun. Sejak 12 tahun yang lepas, kami bermula menjejakkan kaki di dalam industri sebagai penari dahulu. Saya rasa menari adalah our strong point dan menyanyi adalah hobi kami dan sesuatu yang kami suka buat bersama. Because of that, ‘dance pop’ just makes sense to us because we were dancers first and then we started singing. So, why not gabungkan the both and just try ‘pop dance’ genre!” ujar Nelysa dengan teruja.


Walaupun Ellya dan Nelysa merupakan penari profesional, namun mereka akui untuk menghasilkan sebuah koreografi bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pelbagai aspek perlu dititip beratkan untuk melahirkan sebuah koreografi yang bersesuaian dengan gaya mereka.



“Iainya bermula dengan kami berjumpa koreografer pada bulan Julai yang lepas dan kami mempunyai sesi hanya untuk mengenal pasti gaya tarian yang sesuai dengan kami. So, only then we started working on the choreography slowly, and we finished the last choreography around the last week of November. It took a few months to complete everything!” ujar Ellya berkongsi perjalanan mereka menghasilkan koreografi bagi lagu kemunculan sulung mereka.


“Kami banyak berbincang mengenai idea dan konsep, bagaimana cara untuk portray the song melalui koreografi. It was collaborative process with the choreographers, mereka menerima idea dan pandangan kami dengan baik dan membantu untuk menyempurnakan koreografi dan pada akhirnya, saya dan Ellya memang berpuas hati dengan koreografi yang telah terhasil,” kongsi Nelysa.


Ellya dan Nelysa mengharapkan lagu debut mereka ‘Lantaklah’ yang membawa mesej positif ini dapat dijadikan inspirasi buat pendengar.


“Tajuk lagu kami kedengaran ganas kan? It’s not like that actually, it’s not that way. Saya masih ingat makna asal lagu yang saya cadangkan kepada Shazee, our producer ialah saya nak lagu ni jadi seperti nota kepada diri saya sendiri apabila saya ‘overthink’, because I am an overthinker. Ketika itu, our producer tanya apa yang saya sering katakan ketika saya overthink, dan selalunya saya akan katakan kepada diri saya: “Lantaklah all of this stuff, this overthinking stuff”, just do what you wanna do!”. Jadi, itulah makna dan mesej lagu ini yang saya cuba sampaikan!” kongsi Ellya ketika ditanya tentang mesej yang cuba disampaikan melalui lagu mereka.


“Secara jujurnya, kalau nak tulis lagu mengenai cinta, saya tak boleh relate sangat. Saya lebih suka menghasilkan sebuah lagu yang every age and generation could relate with! Saya rasa setiap orang dapat relate to this personal struggle and setiap orang ada their own struggle tapi tak semua dapat memahami mereka. Oleh itu, saya harap lagu ini dapat memberikan semangat dan motivasi untuk pendengar meneruskan kehidupan dan mencapai impian mereka. Itulah yang kami cuba sampaikan melalui penampilan sulung kami sebagai kumpulan duo XONE!” ujar Nelysa teruja.


Nantikan temubual lebih mendalam bersama XONE yang disiarkan Xetopia akan datang.



Dengarkan single pertama XONE, ‘Lantaklah’ di semua platform penstriman digital dan ikuti XONE di media sosialnya:



86 views0 comments


Meet Leeloo Lawcombe, a 19-year-old content creator and TikTok star, but behind that fame and impeccable style is an assertive, young woman with authenticity.


Leeloo opposes the label of "influencer" on her as she mostly uses her social media platform to share dance, POV, and OOTD videos. "I don't think of myself as an influencer. I’m more of a content creator.


"I've always wanted to be on social media and YouTube as I've wanted to do it since I was small. So, I feel like I've somewhat achieved my goals," says her.



Every story has a beginning, as they say, and Leeloo's career began when she worked independently as a freelancer, and one of them involved modeling. "When I was younger, I did want to be a model as I thought it was quite a luxurious industry to be in.


“I would say actually being in it, it’s a lot different to people as what they expected it to be,” says her. Contrary to popular belief, Leeloo remarked that modeling kept her on edge. She revealed that she’s a socially awkward person and to be in the modeling industry, made her feel incompetent.


Despite not feeling at home in modeling, Leeloo finds joy in content and video creation. She admits that she is quite shy in front of people but that she is a natural on camera.


“I feel more comfortable creating videos rather than modeling - because modeling is more like a service to the product rather than being yourself,” she expresses.



Leeloo is now considered as a recognized TikToker as a result of her passion for content creation. However, fame comes at a price: hate comments.


"I don't often receive hate messages comments but a few months ago, I did receive one, and it was about my hair. There were a million views and thousands of comments bashing my hair, but I didn't care.


"Since I was doing it for myself, it had no impact on me at all. I'm not trying to win people over. I'm aware that not everyone will like it, but as long as I do, I'm content,” confides Leeloo.


After dropping out of a course earlier this year, Leeloo decides to give herself a couple more years to do what she does now before pursuing study in fashion design or forensic science.


“I do plan to study, and I take a big interest in psychology and true crime. It’s definitely something that will pique my interest and would definitely make me settle down,” shares Leeloo.



Follow Leeloo on her social media:




123 views0 comments

Gandingan dua generasi berbeza dengan jarak umur lebih 40 tahun tidak menjadi halangan buat penyanyi remaja, Alyssa Dezek yang selesa bergandingan dengan personaliti hiburan popular Azwan Ali dalam penggambaran muzik video lagu terbaharu nyanyiannya, Faham Tak.


Malah Alyssa, 14, mengakui mempelajari banyak perkara dari figura popular tersebut, yang mesra dipanggil sebagai “Tok Wan” ketika proses penggambaran.


“Sebenarnya, keputusan untuk menambah scene yang membabitkan Tok Wan dibuat last minute untuk membuatkan muzik video ini lebih menarik. Ketika mula-mula bertemu Tok Wan, saya agak takut juga. Sebelum ini saya cuma kenal Tok Wan atau Diva AA melalui posting di media sosial, karakternya seperti agak garang.”


“Tetapi bila dah jumpa, beliau merupakan seorang yang sangat baik. Malah, beliau turut memberi pelbagai tunjuk ajar kepada saya”, cerita Alyssa.



Dengan berkonsepkan elemen fantasi, Alyssa menganggap muzik video ini berlainan berbanding karya yang pernah dihasilkan sebelum ini.


“Lagu ini menceritakan mengenai cabaran usia remaja yang cenderung merasakan diri mereka tidak difahami. Biasalah, bila kita rasa kita dah besar, kita tidak lagi suka dikongkong seperti zaman kanak-kanak. Jadi lagu dan muzik video ini sangat berkait dengan pendengar yang sedang meniti usia remaja”, kata Alyssa lagi.


Bagi personaliti popular Azwan Ali, tawaran untuk turut serta dalam pembikinan muzik video Faham Tak merupakan peluang terbaik bagi dirinya untuk bekerjasama dengan bakat baru yang jauh lebih muda.


“Saya berbangga terlibat dalam penggambaran muzik video lagu ini. Seronok melihat jalan ceritanya sekaligus dapat membawakan watak seorang ayah yang garang dan tegas kerana tidak bersetuju dengan pilihan anaknya untuk serius menyanyi”.




“Walaupun penampilan saya cuma sekadar cameo, ia merupakan pengalaman yang cukup berharga buat saya. Seronok bekerja bersama semua kru penggambaran dan team dari XENO Entertainment yang semuanya masih muda. Terima kasih juga kepada keluarga Alyssa yang turut membuatkan suasana penggambaran lebih happening ”, ujar Azwan.


Ditanya mengenai potensi Alyssa Dezek sebagai penyanyi, Azwan yang berpengalaman luas dalam bidang seni lebih 30 tahun merasakan gadis remaja itu mempunyai masa hadapan yang cerah dalam industri.


“Alyssa ada pakej yang bagus. Selain berbakat, beliau ada pakej yang lengkap. Seorang yang mempunyai natural beauty. Tanpa mekap pun tetap cantik. Saya jamin dia akan pergi jauh, dengan syarat perancangan karier beliau sentiasa diaturkan dengan betul”.


“Tentang suara, saya tidak berani komen lagi kerana buat masa sekarang suara Alyssa masih belum matang sepenuhnya. Tetapi dengan kebolehan bermain gitar dan alatan muzik yang lain, saya rasa beliau bakal membuka mata dunia untuk menyaksikan kebolehannya. Oleh itu kepada semua peminat Alyssa, jangan lupa menonton muzik video ini”, tambah Azwan mengakhiri perbualan.



51 views0 comments
bottom of page